Finis

Labels

Wednesday, 8 August 2012

Peniaga runcit dakwa kena lempang polis

KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.

"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.

“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

“Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.

“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,” katanya.

Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut  hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.

“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.

“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi menafikan ada pegawainya yang melakukan kekasaran kepada Samsudin ketika melaksanakan tugas itu.

"Tidak ada sebarang kekasaran berlaku kepada pengadu (Samsudin), malah pegawai saya juga tidak tersilap rumah.

"Saya kesal dengan tindakan warga emas berkenaan yang membuat laporan seolah-olah pegawai kami melakukan kekerasan terhadapnya sedangkan ia tidak benar," katanya.
read more

Tuesday, 7 August 2012

Remaja patah lima jari kanan akibat mercun

KOTA BHARU - "Saya sudah serik bermain mercun," kata mangsa mercun, Mohd Firdaus Ismail, 15, dari Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang apabila kesemua lima jari kirinya patah akibat kejadian tersebut.

Dia yang merupakan bekas pelajar pondok berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam pada Ahad lalu selepas dia menunaikan solat sunat Tarawih di Kampung Batu Karang yang terletak 500 meter dari rumahnya.

"Semasa kejadian, seorang kanak-kanak menyuruh saya menyalakan mercun botol dan tanpa berfikir panjang saya terus membakar mercun tersebut.

"Tiba-tiba ia meletup sebaik sahaja dibakar dan terkena  tangan kiri saya," katanya yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hari ini.

Mohd Firdaus berkata, pada awalnya dia tidak merasa apa-apa tetapi apabila melihat darah mula mengalir keluar di jari tangannya dia terus membonceng motosikal pulang ke rumah.

Menurutnya, sebaik sampai di rumah, abangnya, Afendi, 25, terus membawanya ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke HUSM.

"Apa yang berlaku cukup menginsafkan dan saya sudah fobia untuk bermain mercun lagi.

"Saya berharap dapat keluar dari hospital sebelum Aidilfitri ini kerana saya tidak sanggup beraya di sini tanpa keluarga," katanya.
read more

Rahsia Kenapa Manusia Berebut Mencium Hajar Aswad


Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.






Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari sakitnya”



Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal darisyurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.





Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuatdari batu.


Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan MuhammadSaw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
read more

Monday, 6 August 2012

Jawapan Ustaz Azhar Idrus Tentang Cium Mulut (cemolot)

read more

Giliran Shila Amzah Berhijrah?


Kalau anda mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti perasan yang penyanyi ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu.
Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu Patah Seribu ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.
Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung & ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.
“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”
Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.



read more

Tema Merdeka : Rais Tidak Akan Berganjak



KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian.
"Yang dimainkan oleh Malay Mail itu merupakan gara-gara politik bangkangan yang tak senang dengan pencapaian dan kejayaan kerajaan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.
Rais berkata semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan.
"Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!," 
read more

Curi kuih di surau kerana terlalu lapar


KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.

Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM)  sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.

Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.

"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.

Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.

Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.

Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.

“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.

"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.

"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.

Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.

Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.
read more