Finis

Labels

Thursday 30 August 2012

Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan

Paparan yang dikongsi ini hanya hiburan semata-mata daripada 1malaysianews.
Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan. Gambar ini bukanlah daripada Amir sendiri, gambar ini dibuat-buat untuk dijadikan bahan jenaka.. Pesanan 1malaysianews, janganlah bertanyakan soalan apabila kita tidak dapat menerima hakikat dengan jawapan yang betul-betul ikhlas.


read more

Wednesday 29 August 2012

Gambar Rumah Hantu Terbesar dan Terseram

Dari sumber yang admin terima, rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.



Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.


Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Dari sumber yang 1malaysianews terima, ramai diantara mereka yang cedera apabila berada berada di tempat ini, kebanyakkan mereka terlalu takut sehingga terjatuh







read more

Gambar Sarang Labah-labah Terbesar di Dunia

Dari sumber yang admin terima, beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut. Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Ia dikatakan antara sarang labah-labah yang terbesar di dunia yang pernah dilihat. Di bawah ini, 1malaysianews akan berkongsikan 4 gambar untuk dilihat bersama.





read more

Monday 27 August 2012

Gambar Obor-Obor Gergasi Saiz Manusia


Gambar Obor-obor gergasi

Daripada sumber, bilangan obor-obor gergasi telah datang ke Jepun nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan suhu alam semulajadi. Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun 2011 telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura ini iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram.
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan. Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.




Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor. Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan. Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun
read more

Minggu Orientasi Pelajar yang menghairahkan

Pada pandangan admin, selalunya hari orientasi paling membosankan pelajar baru sama ada di universiti atau sekolah tapi tidak bagi pelajar di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London. Mereka melakukan orientasi dengan keadaan sangat menghairahkan antara lelaki dan wanita.

Hari orientasi pelajar-pelajar ini sungguh menghairahkan. Dan ini adalah satu budaya yang paling tidak bagus ditunjukkan kepada pelajar-pelajar.





read more

Sunday 26 August 2012

David Beckham Peoleh RM7 Juta Sebulan ?

Dari sumber yang admin terima, David Beckham menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.

Dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta. Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M. "Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk.

Malah untuk tahun 2012, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur. 
read more

Ketahui Sikap Wanita Dengan Bantal

Tahukah anda semua sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Di sini admin ingin berkongsi 5 sikap wanita dengan bantalnya. Ini hanya sekadar informasi, dan tidak tahu kepastian samaada ianya betul ataupun salah. 1malaysianews hanya berkongsi informasi ini kepada anda semua



1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
read more

Saturday 25 August 2012

Pendedahan Gadis Malaysia Ramai Curang

Dari sumber yang admin terima wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka. Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.



Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
read more

Friday 24 August 2012

Ayam Berkaki empat (4) dijumpai secara tak sengaja

Dari sumber yang admin terima seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam pelik yang mempunyai empat kaki. Dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.



Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. “Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki. “Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat.

“Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya. Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,”
read more

Gambar dalam seribu ikan paus muncul di kapal



Gambar yang 1malaysianews tunjukkan di atas ialah KEPALA seekor ikan paus humpback muncul dekat seorang peluncur laut (kanan) di San Luis Obispo pada 18 Ogos 2012.

Dari sumber yang admin terima, seorang jurugambar amatur, Bill Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi sebuah bot dan kayak dekat pantai SAN LUIS OBISPO, California pada 18 Ogos2012.

Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan gambar ikan tersebut. Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa ia makan ikan sardin. "Saya berasa amat bertuah," kata Bouton selepas dia berjaya menangkap gambar tersebut.
read more

Thursday 23 August 2012

Sungai Pelik Berwarna putih dijumpa di china

Benarkah sungai putih yang boleh dipanggil sungai susu ini wujud? Merungkai di sebalik persoalan tentang sungai yang pelik ini.








Mengikut sumber yang admin terima air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.

Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.
read more

Antonio Cassano dan Giampaolo Pazzini bertukar tempat antara AC dengan Inter Milan

Dari sumber, penyerang AC Milan, Antonio Cassano dijangka akan melengkapkan perpindahannya ke Inter Milan dalam masa terdekat ini. Pada masa yang sama, penyerang Inter, Giampaolo Pazzini akan berhijrah ke AC Milan. Kedua-dua kelab tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengesahkan bahawa mereka telah mengadakan perbincangan bagi melengkapkan perpindahan Cassano dan Pazzini. "Ia merupakan kerjasama yang menarik antara kedua- dua kelab (Inter dan Milan). "Siapa yang tidak mahu pemain seperti Cassano? "Kami (Inter) fikir dia boleh memberikan sumbangan kepada kami, malah jurulatih (Andrea Stramac- cioni) juga turut yakin dengan kemampuannya," kata Presiden Inter, Massimo Moratti.



Sementara itu, perancang Milan, Riccardo Montolivo menyambut baik kehadiran Pazzini ke kelab tersebut. "Ia akan menjadi suatu yang baik apabila Pazzini beraksi bersama Milan. "Pazzini telah melaksanakan tugasnya dengan baik bersama mana-mana pasukan yang diwakilinya. "Dia sangat bahaya di dalam kotak penalti, bagus dalam perebutan bola di udara selain membantu pasukannya beraksi dengan baik," kata Montolivo.

Menurut laporan media di Itali, Milan akan membayar yuran perpindahan tambahan sebanyak 7.5 juta euro (RM29 juta) kepada Inter bagi mendapatkan khidmat Pazzini yang hanya berjaya meledak lima gol dalam saingan Serie A musim lalu.
read more

Penyamaran Penjenayah Paling Bodoh

Mengikut sumber yang admin terima, Ronaldo Silva, 39 tahun ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita.

Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi,pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara. Walaubagaimanapun beliau ditahan sejam kemudian oleh seorang Polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan berjalan terhoyong hayang.

Melihat keanehan ini si Polis menahan beliau dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki

Berikut adalah penyamaran yang dibuat :




read more

Wednesday 22 August 2012

Gambar Haiwan Jilat Ais Berperisa

Mengikut sumber yang admin terima haiwan-haiwan di Zoo Bioparco Rom, Itali. diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas. Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.



Menurut seorang kakitangan zoo, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius. Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar.
read more

Hati-hati pembelian ONLINE, Mungkin barang tiruan

Admin menegaskan agar orang ramai tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan.



Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut. “Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus."

“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya. Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit.

1malaysianews menegaskan, bukanlah semua peniaga online menipu di dalam talian. Hanya segelintir antara mereka, dan mereka ini lah yang merosakkan peniagaan online orang lain.
read more

Tuesday 21 August 2012

Kisah Tauladan Si doktor dan Si Bapa

Cerita yang admin terima ini bermula apabila seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.



Bapa pesakit : kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?

Doktor : saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tue dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.

Bapa pesakit : bertenang kamu kata? kalau anak kamu berada dalam bilik tue sekarang nie, bolehkah kamu bertenang? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dgn marah.

Doktor : saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci “daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali” doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu. Bapa pesakit : memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang.

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

Doktor : alhamdulillah. anak anda selamat! dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa. kalau kamu ada sebarang soalan kamu boleh tanya jururawat!

Bapa pesakit : kenapa doktor tu sombong sangat? tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya? komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat berkata : anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.

lalu menyesallah si ayah dengan kelakuannya terhadap doktor yang dianggapnya tidak bertanggungjawab dan sombong itu..

Dari kisah cerita ini, 1malaysianews berharap kisah ini dapat menjadi iktibar kepada semua yang membacanya.
read more

Pengarah Hollywood Tony Scott Mati Bunuh Diri


Admin mendapat tahu yang pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California. Dikenali dengan banyak filem aksi - termasuk Top Gun dan Enemy of the State - Scott dilaporkan memanjat pagar jambatan itu “tanpa teragak-agak” sebelum melompat ke air.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat kasut Scott terapung-apung di air sejurus selepas dia melompat. Polis dan anggota Pengawal Pantai AS menarik keluar mayat Scott tidak jauh dari Jambatan Vincent Thomas itu yang dibina tidak jauh dari Pelabuhan Los Angeles. Koroner berkata, Scott, 68, melompat dari struktur jambatan itu. Media pula melaporkan, polis menemui sekeping nota dalam kereta Toyota Prius dipandu Scott yang ditinggalkan di atas jambatan. Menurut sumber, nota itu menyenaraikan maklumat bagaimana isterinya, Donna Scott, boleh dihubungi untuk memaklumkan insiden itu. “Penyiasat kemudian menemui nota terakhir ditinggalkan Scott di pejabatnya,” katanya. Bagaimanapun, kandungan nota itu tidak didedahkan setakat ini.


Pasukan Polis Semasa Mencari Mayat Tony Scott

Pihak berkuasa menghubungi penyelam dan sebuah helikopter untuk mengesan mayat Scott sebelum ia ditemui kira-kira jam 3 petang (6 pagi waktu Malaysia), empat jam selepas dia membunuh diri. Pencarian itu juga menyebabkan operasi feri ke Pulau Santa Catalina tergendala beberapa jam. Scott adalah adik kepada seorang lagi pengarah terkenal, Ridley Scot, yang pernah memenangi Oscar bagi filem seperti Gladiator dan Black Hawk Down. Scott - lahir di Britain pada 1944 - banyak diingati kerana kejayaan filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise. Filem lain diarah Scott ialah Days of Thunder, Beverly Hills Cop II, Spy Game, Unstoppable dan Crimson Tide.
read more

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan Posisi Sama

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan  Posisi Sama

Gambar 5 orang sahabat sejati ini mengambil gambar yang sama selama 30 tahun, Mereka tidak menjangkakan gambar pertama yang mereka ambil ini membawa erti yang besar dalam persahabatan yang mereka bina ini.

Dari sumber yang admin terima

In 1982, five teenagers took a seemingly insignificant photo that became a longstanding tradition about true friendship.
Everything began near a Copco Lake in California, and now every five years for the past 30 years, John Wardlaw, Mark Rumer, Dallas Burney, John Molony and John Dickson have been meeting at the same place, sitting on the same bench and taking the same photo.
They call it the “Five Year Photo” and invite us to watch them “lose hair and gain forehead, gain and lose and gain and lose weight.”
The five friends plan on doing this for the rest of their lives up until there’s one guy just sitting in the same pose. “Even then, maybe someone will take a picture of an empty bench for us,” said Dickson in the interview for CNN.
The friends say that without this photo, there’s no way they’d be together.

Gambar Pertama Pada 1982



Gambar Kedua Pada 1987


Gambar Ketiga Pada 1992


Gambar Keempat Pada 1997


Gambar Kelima Pada 2002


Gambar Keenam Pada 2007



Gambar Ketujuh pada 2012






read more

27 tahun cacat penglihatan, pendengaran, dan tidak boleh berjalan

Dari sumber yang admin dapat sepasang suami isteri terpaksa meletakkan anak mereka di bangsal, demi keselamatannya ketika berada seorang diri di rumah. Ibu, Che Rohana Sulaiman, 50 berkata, anaknya, Mohd Shahadan Md Nawi, 27, dilahirkan cacat penglihatan, pendengaran, tidak boleh berjalan dan bisu.



Katanya, anak ketiga daripada 10 beradik ini, masih lagi memakai lampin pakai buang memandangkan dia tidak mampu untuk berdikari. “Shahadan menerima bantuan kebajikan sebanyak RM80 sebulan, dan saya berharap jumlah ini dapat dinaikkan, memandangkan harga untuk mendapatkan lampin terlalu mahal,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, dua anaknya yang lain turut mempunyai penyakit kronik, sehingga memaksanya berulang-alik ke Hospital Pasir Mas, tiga kali seminggu. Rohana berkata, anak kesembilan, Abdul Rahman, 9, disahkan mempunyai penyakit buah pinggang. “Dah lama dia tidak ke sekolah, kerana dia mudah berasa penat akibat rawatan yang diterima. “Begitu juga dengan anak bongsu saya, Mohd Fatihi, 7, juga tidak dapat ke sekolah, kerana mempunyai penyakit uluran sejak kecil,” katanya.

Rohana yang juga seorang suri rumah, terpaksa membelanjakan wang kebajikan sebanyak RM 400, yang diterima untuk keperluan harian, bersama anak-anak yang lain. Katanya, dia akan menghadapi masalah sekiranya, memerlukan perbelanjaan persekolahan dua anaknya yang masih belajar di tingkat satu dan tiga. “Suami saya, Afendi Kamariah, 56, yang bekerja sebagai buruh, hanya mampu mencari rezeki dua kali seminggu, kerana mempunyai penyakit lelah. “Justeru, saya berharap, agar pihak berkenaan dapat meningkatkan bantuan kebajikan, agar ia dapat digunakan untuk persekolahan dan keperluan tiga anak saya yang sakit,” katanya.

1malaysianews amat bersimpati dengan keluarga ini, di harap mereka yang bertanggungjawab dapat memberi bantuan yang sebaik-baiknya
read more

Monday 20 August 2012

10 Design Cover Facebook Menarik

Dengan adanya Cover Timeline Facebook, pelbagai design boleh dilihat di facebook masing-masing. Semuanya berlumba-lumba untuk memberikan cover facebook mereka cantik dan menarik untuk dilihat.
Di sini admin ingin berkongsi beberapa design cover facebook yang unik serta menarik. Ada 10 koleksi design-design cover timeline facebook yang menarik boleh disaksikan.


read more

Amaran Alat Solek Membahayakan dan Membawa Maut

Sumber yang admin dapati, sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran. Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak. Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia. Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.



Bukti kukuh

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan. Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan. Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

Fungsi jantung menurun

Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar. Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.
read more

Tragedi Kematian Kunjungan Hari Raya

Memilukan apabila kunjungan bagi menyambut Hari Raya di rumah rakan berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki mati selepas diserang beberapa lelaki di Taman Desa Coalfields, Sungai Buloh. M. Siva, 22, yang menaiki motosikal bersama seorang rakan dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh.


"Beberapa lelaki dikatakan turun dari kereta dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam. Rakan mangsa sempat melarikan diri," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah kepada Bernama. Beliau berkata orang ramai yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh, bagaimanapun mangsa mati sejurus tiba di hospital. "Kejadian pada pukul 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan iaitu beberapa kesan luka tetakan akibat senjata tajam pada badan dan kepala," katanya.

Mohd Adnan berkata punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, ibu mangsa M. Batumani, 55, berkata anaknya itu memaklumkan bahawa dia ingin berkunjung ke rumah rakannya untuk berhari raya. "Dia keluar rumah pukul 7.50 malam dan dia juga sempat memberitahu saya dia akan pulang keesokan harinya selepas dia bersama rakan-rakannya pulang dari Genting Highlands," katanya sambil memberitahu bahawa Siva adalah anak ketiga dari 11 beradik.
read more

Sunday 19 August 2012

Sebab UTAMA Hutang Malaysia Membimbangkan

Masyarakat Malaysia negara ini yang admin dapat tahu banyak menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang. Yang paling memeranjatkan apabila admin mendapati maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.



Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. Pembiayaan sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak. Lebih memburukkan keadaan, ketiga-tiga hutang berkenaan memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan.

Ia disebabkan sikap segelintir peminjam bertindak menambah lagi pinjaman ketika pinjaman asal masih belum selesai sekali gus menyebabkan hutang mereka terus bertambah. Bagi golongan isi rumah dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan pula, hampir separuh daripada jumlah itu terpaksa digunakan untuk membayar hutang berkenaan.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) berkata, jumlah hutang yang terlalu tinggi dalam kalangan isi rumah akan mengurangkan keupayaan mereka untuk berbelanja. Beliau berkata, kebanyakan daripada jumlah gaji yang diterima oleh mereka terpaksa diperuntukkan untuk tujuan membayar semula hutang. “Akibatnya, ia bukan sekadar memberi kesan kepada individu itu sendiri, malah ekonomi negara turut terjejas kerana penggunaan isi rumah merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara,”
read more

Pelakon Lucah Bollywood ingin besara?

Admin dapat tahu bahawa pelakon Bollywood yang merupakan pelakon lucah, Sunny Leone menjelaskan, dia ingin berehat selama setahun daripada berlakon dalam filem porno walaupun ia sudah sebati dengan namanya.


Sunny memberitahu sebuah akhbar utama di India bahawa dia akan menumpukan perhatian terhadap tawaran berlakon filem arus perdana. "Saya akan semakin sibuk dalam dunia Bollywood untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun. Jadi, dalam tempoh itu saya tidak akan terlibat dalam apa-apa produksi lain. "Biarlah produksi pornografi itu meneruskan filem-filem mereka, tetapi buat masa ini saya tidak akan terlibat," kata pelakon filem Jism 2 itu.

Dalam pada itu, Sunny semakin menunjukkan minatnya kepada dunia lakonan yang lebih 'bersih' apabila menyatakan kegembiraannya terlibat dalam industri itu. "Gelaran sebagai pelakon lucah sukar untuk disisihkan daripada diri saya, tetapi ia bukan lagi menjadi sasaran. Apa yang saya mahukan ialah melakukan kerja yang terbaik dan dihargai. "Saya berlakon di Bollywood kerana ia mempersonakan saya. Oleh itu saya terima sahaja apa-apa tawaran yang diberikan. Saya mahu lakukan apa sahaja yang boleh membuatkan saya berbangga," kata Sunny.


read more

Saturday 18 August 2012

Gambar Hantu yang Berbulu Ditangkap

Mengikut berita,Hantu Berbulu Berjaya Ditangkap Di Indonesia.

Tapi bagi admin, susah nak percaya sumber-sumber begini. Sebab dahulunya pernah satu ketika ada mereka mengatakan telah menangkap Hantu Jenglot, akan tetapi apabila diselidik ia hanyalah rekaan daripada tulang ayam dan beberapa cebisan daging.

Gambar hantu berbulu ini dikatakan di tangkap oleh seorang bomoh dari indonesia GDi Pasir Putih Situbondo, Jawa Timur kemudian di ikat di pokok di kawasan kampung mereka untuk tontonan umum. Apa pun di sini 1malaysianews ingin berkongsi paparan gambar yang diterima untuk tontonan



read more

Gambar Sotong Pelik yang Bercahaya

Mengikut sumber yang admin terima, sotong bercahaya ini panjangnya hanya tiga inci. Sotong ini dilengkapi dengan organ yang khusus untuk menghasilkan cahaya yang disebut photophores yang memancarkan cahaya biru dari dalam.

Ribuan photophores kecil dapat ditemukan di seluruh tubuh sotong, memberikan kemampuannya untuk memancarkan cahaya sepanjang tubuh sotong tersebut. Sotong jenis ini boleh ditemukan dengan banyaknya di tengah laut Teluk Toyama, Jepun. Biasanya hidup pada kedalaman 1200 kaki di bawah air.Gelombang di teluk Toyama mendorong sotong ke permukaan air dalam jumlah besar dan dipancing pada bulan Mac sehingga Jun. Sotong ini juga dianggap sangat enak di Jepun..


read more