Dari sumber, penyerang AC Milan, Antonio Cassano dijangka akan melengkapkan perpindahannya ke Inter Milan dalam masa terdekat ini. Pada masa yang sama, penyerang Inter, Giampaolo Pazzini akan berhijrah ke AC Milan. Kedua-dua kelab tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengesahkan bahawa mereka telah mengadakan perbincangan bagi melengkapkan perpindahan Cassano dan Pazzini. "Ia merupakan kerjasama yang menarik antara kedua- dua kelab (Inter dan Milan). "Siapa yang tidak mahu pemain seperti Cassano? "Kami (Inter) fikir dia boleh memberikan sumbangan kepada kami, malah jurulatih (Andrea Stramac- cioni) juga turut yakin dengan kemampuannya," kata Presiden Inter, Massimo Moratti.
Sementara itu, perancang Milan, Riccardo Montolivo menyambut baik kehadiran Pazzini ke kelab tersebut. "Ia akan menjadi suatu yang baik apabila Pazzini beraksi bersama Milan. "Pazzini telah melaksanakan tugasnya dengan baik bersama mana-mana pasukan yang diwakilinya. "Dia sangat bahaya di dalam kotak penalti, bagus dalam perebutan bola di udara selain membantu pasukannya beraksi dengan baik," kata Montolivo.
Menurut laporan media di Itali, Milan akan membayar yuran perpindahan tambahan sebanyak 7.5 juta euro (RM29 juta) kepada Inter bagi mendapatkan khidmat Pazzini yang hanya berjaya meledak lima gol dalam saingan Serie A musim lalu.
Thursday, 23 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment