Finis

Labels

Monday 2 April 2012

Rahsia Gerakan Michael Jackson Didedahkan

Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui Google Patents.

Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Oh, sekarang barulah admin tahu macam mana MJ melakukan gerakan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.



[sumber]
read more

Jemaah Haji Gempar Melihat Al-Quran Terbang

Al-Quran terbang di Makkah? Subhanaallah! Kedengaran seperti cerita rekaan tetapi peristiwa ini betul-betul terjadi dan disaksikan ratusan ribu jemaah Haji. Jom ikuti kisah luar biasa ini dengan lebih lanjut di bawah.


Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]

Bicara 1malaysianews: Semuanya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam setelah terbaca peristiwa luar biasa yang berlaku di Makkah ini. Kepada umat Islam di luar sana, diharapkan peristiwa ini dapat mengukuhkan lagi ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. 
read more

Kod Rahsia Pada Lukisan Monalisa

Kod rahsia pada lukisan Monalisa? Benarkah terdapat kod rahsia pada lukisan hasil nukilan pelukis terkenal Leonardo Da Vinci? Untuk pengetahuan semua, lukisan Monalisa menjadi terkenal disebabkan senyuman Monalisa yang amat unik dan beberapa ciri menarik lain dalam lukisan itu. Mari kita ikuti kisah selanjutnya mengenai kod rahsia yang terdapat pada lukisan ini.


Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.

Huruf dan nombor kecil yang tersembunyi di dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran moden mikroskop. Mata Monalisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya masih belum dapat dipastikan kerana kurang jelas.

Simbol tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti yang dikatakan oleh Silvano Vinceti, Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali dalam bidang Warisan Budaya. Simbol tersebut boleh dilihat dengan amat jelas apabila menggunakan kanta.

"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. [sumber]
read more

Lelaki Nigeria Cabul Wanita Tempatan Mati Dipukul

Dibelasah sehinggat mati, begitulah nasib seorang pendatang asing dari Afrika apabila ditangkap oleh sekumpulan anggota RELA kerana mencabul seorang wanita tempatan. Ikuti laporan penuh di bawah.


KUALA LUMPUR- Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya. Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya. Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Sememangnya lelaki Nigeria itu bersalah kerana mencabul wanita tersebut, tetapi dia tidak seharusnya dibelasah sehingga mati. Cukuplah sekadar menangkap dan menyerahkannya kepada pihak polis. Kan tak pasal-pasal anggota Rela terbabit kena soal siasat kerana membunuh. Pendapat anda pula?
read more

Sunday 1 April 2012

Makhluk Aneh Dari Atlantik

Makhluk aneh dari lautan Atlantik? Sebelum ini, pihak kami ada membuat post tentang Haiwan Pelik ditemui di China. Bagi yang belum baca, klik pada link yang telah tersedia. Pada post kali ini, mari kita selami makhluk aneh yang terdampar di sebuah pantai di South Carolina ini.


Makhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South Carolina. Sebahagian besar orang yang melihat makhluk yang berbentuk pelik ini merasakan ia adalah spesies baru. Biarpun ramai yang cuak melihatnya, tapi dikalangan ilmiah menyarankan supaya tidak takut pada haiwan ini kerana ia tidak merbahaya

Seorang doktor haiwan dari akuarium South Carolina mengidentifikasikan makhluk ini sebagai Sturgeon, iaitu ikan yang termasuk dalam kalangan ikan bertulang tertua yang masih hidup.

Hidupan haiwan ini biasanya ada di sungai, tasik, dan pantai subtropis dengan iklim sederhana. Kebanyakannya ditemui di Eurasia dan Amerika Utara. Ukuran Sturgeon biasanya sangat besar sekitar antara dua hingga tiga setengah meter panjang.

Sturgeon yang terdampar di South Carolina ini dikatakan berasal dari Samudra Atlantik yang boleh berukuran hingga 4-5 meter dengan berat 400 kilogram. [sumber]
read more

10 Tips Untuk Menjimatkan Bateri Smartphone


Tips untuk jimatkan bateri Smartphone! Admin pasti ramai yang menggunakan Smartphone sekarang ni. Handphone paling cikai pun sekarang sekurang-kurangnya ada memory card dan kamera. Tengok lah betapa cepatnya teknologi berkembang! Admin masih ingat lagi semasa berada di darjah 4, admin guna handphone 3310 je.

Bagi yang menggunakan Smartphone, semestinya anda asyik merungut sebab bateri cepat habis kan? Jadi hari ini admin ingin berkongsi 10 tips bagaimana untuk menjimatkan bateri Smartphone dan penggunaan data. Ikuti gambarajah di bawah. Jika tidak jelas, klik pada gambar untuk besarkan.

read more

Koleksi Wajah Hero-Hero Malaya Jika Bermisai [10 Gambar]

Bagaimanakah rupa hero-hero Malaya jika mereka mempunyai misai? Semestinya nampak lain dan pelik sebab selama ini mereka tidak mempunyai misai. Di bawah ini tersedia 10 gambar hero malaya yang diedit menggunakan photoshop. Harap anda semua terhibur! 


Aizat AF5

Akim AF7

Aliff Aziz

Dafi

Kamal Adli

Nabil

Nazim Othman

Tomok

Aaron Aziz 

Bukan ke Aliff dan Aaron Aziz berasal daripada Singapore? Hentam sajalah. Haha 
read more