Finis

Labels

Showing posts with label Cerita Menarik. Show all posts
Showing posts with label Cerita Menarik. Show all posts

Thursday, 31 January 2013

Nora Danish Tak Kisah Bercuti Dengan Fasha



KUALA LUMPUR – Bekas isteri Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora Danish tidak kisah sekiranya pergi bercuti dengan isteri bekas suaminya, Fasha Sanda.

Umum mengetahui, hubungan Nora dengan keluarga mertuanya begitu rapat dan mesra walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Jejai lagi.

Setiap tahun, Nora akan pergi bercuti dengan keluarga bekas mertuanya bersama-sama dengan anak lelakinya, Rayqal.

Kata Nora, dia tahu pastinya percutiaan tahunan keluarga Jejai akan turut dihadiri oleh Fasha nanti.

“Kalau Fasha ada sekalipun saya okay je. Saya yakin perkara sebegini berkemungkinan besar akan terjadi.

“Walaupun saya hanya bekas menantu tetapi hubungan saya dan anak terlalu akrab dengan keluarga di sana,” kata Nora yang dipetik dari MyArtis.com.

Sebelum ini, umum mengetahui Nora dan Fashan tidak mempunyai hubungan yang baik.

Lantaran itu, mereka tidak pernah dilihat bertemu dalam majlis kekeluargaan.

Dek kerana Nora rapat dengan keluarga Jejai, ramai yang membuat tanggapan pelakon wanita cantik itu sengaja merapatkan diri dengan keluarga bekar mertuanya.

“Saya masih tetap dilayan baik oleh keluarga bekas suami dan kami anak beranak akan bercuti bersama-sama pada setiap hujung tahun.

“Dari awal lagi kami memang rapat, malah anak saya merupakan cucu sulung mereka. Memang mereka terlalu memanjakan Rayqal, jadi setiap hujung tahun mesti keluarga sana mengajak saya dan anak pergi bercuti. Kalau mereka tak ajak, takkan nak suka-suka ikut mereka,” terang Nora.-mynewshub
read more

Wednesday, 30 January 2013

Wanita Gemuk Meninggal Dunia Selepas Dihalang Menaiki Pesawat

Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam.


Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.

Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.

Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.

Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau.

Pasangan itu meninggalkan rumah mereka di Bronx pada September lalu untuk bercuti di Hungary dengan menaiki pesawat Delta Air Lines dengan Vilma diberikan dua tempat duduk.

Namun, pada 2 Oktober lalu, Soltesz terpaksa dirawat di hospital Hungary selepas jatuh sakit, tetapi dibenarkan keluar hospital dan menaiki pesawat dengan syarat dia haruslah berjumpa doktor sejurus selepas tiba, menurut tuntutan saman tersebut.

Dua minggu selepas itu, pasangan tersebut cuba meninggalkan negara itu menggunakan kaedah sama seperti mereka pergi ke negara ini sebelum ini, tetapi penerbangan KLM Royal Dutch Airlines, Delta dan Lufthansa menolaknya dengan memberi alasan tertentu.

Selepas beberapa minggu mencuba, mereka masih gagal dan Soltesz yang keletihan dan sakit akhirnya hanya terbaring di atas katil di rumah percutian mereka di Veszprem sehinggalah dia ditemui meninggal dunia oleh suaminya pada 24 Oktober lalu. - REUTERS

read more

Pelakon Malaysia Pertama Yang Berlakon Di Hollywood

Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran Hollywood. Bahkan beliau juga merupakan pelakon Malaysia yang pertama juga berlakon di dalam filem Hollywood.

Sedutan dari filem lakonan Ibrahim Pendek di Hollywood.

Filem lakonannya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD.

Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson, Gene Rowlans, Burt Ives dan Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dalam filem tersebut.

Ibrahim telah berangkat ke Amerika pada 18 ogos 1961. Beliau telah dibayar sebanyak US35 sehari. Ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, Singapura.

Pihak Universal telah menawarkan Ibrahim untuk tinggal dan berlakon di Hollywood tetapi beliau telah menolaknya.

Ibrahim Pendek juga merupakan pelakon pertama Malaysia yang berlakon dalam filem berwarna.

SP

read more

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Justin Bieber saat ini merupakan artis yang menjadi idola remaja seluruh dunia khususnya remaja perempuan yang tergila-gila dengan ketampanannya.


Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Baby’ ini pada awalnya hanyalah kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Pernahkah anda lihat wajah Bieber sebelum menjadi terkenal? Kepada peminat fanatiknya, mustahillah juga jika belum tengok.





Layankan...-SP

read more

Monday, 28 January 2013

Adam Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Sihir




Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai artis yang satu masa dulu pernah menimbulkan fonemena fesyen ‘bandana’.

Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan, Adam AF.

Sebelum ini, penyanyi, Adam dikatakan sudah berhijrah untuk mendalami ilmu agama dan perubatan Islam sejak dari 2010 lagi.

Semuanya bermula sejak ahli keluarganya jatuh sakit akibat terkena perbuatan sihir, ditambah pula dengan minat Adam yang ingin belajar perubatan Islam dengan lebih dekat.

Sejak itu Adam berguru dengan Haji Musa, di Sabah untuk memudahkannya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu.

Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan.

Selepas mempelajari ilmu ini, Adam kini sudah bersedia untuk membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini.

“Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula.

“Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau ‘mahar’ pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.-mynewshub
read more

Sunday, 27 January 2013

Shila Kongsi Pentas Dengan Psy!



Siapa sangka, langkah penyanyi ND Lala menghantar anaknya, Shila Amzah ke sekolah Cina kini telah mendatangkan rezeki yang mencurah-curah kepada keluarganya.

Nyata kemahiran bertutur bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada Shila, 23, apabila dirinya kini mengukir nama di China.

Segala-galanya bermula apabila Shila menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 20 September tahun lalu. Hadiah menanti Shila ialah RM5 juta.

Sejak menjadi juara, pelbagai perancangan menanti Shila seperti rakaman album dan undangan menyanyi.

Antaranya, dipilih sebagai artis membuat persembahan pembukaan di konsert Eric Moo, penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia yang mengukir nama di China.

Shila juga bakal berkolaborasi dengan Wang Leehom untuk albumnya nanti.

Pada 29 Januari ini, Shila akan ke Shanghai menjayakan satu konsert dan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, PSY yang mencipta kejayaan besar melalui lagu Gangnam Style!

Sebagai juara Asian Wave 2012, Shila juga dicalonkan untuk Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Dunia Terbaik di World Music Awards 2012 yang dijadualkan berlangsung 22 Disember tahun lalu di New York, Amerika tetapi ditunda 8 April depan.

Semua kejayaan ini bukan muncul di depan mata Shila dalam sekelip mata kerana perjuangannya dalam seni bermula sejak usia 10 tahun.

Bapanya gigih berjuang untuk ketengahkan bakat anaknya hingga sanggup keluar belanja sendiri untuk buat album.

Kejayaan Shila seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana mampu membina jambatan hingga ke China.

Mungkin juga Shila mampu menjadi penghubung kepada masyarakat Cina di negara kita untuk menghargai bakat anak seni kelahiran Malaysia, sekali gus menjalin semangat muhibah masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Apa-apa pun semoga kejayaan Shila tidak pudar sekelip mata dengan kontroversi yang boleh membunuh kerjaya seninya.



Sumber: HM
read more

Kalau Muka Camni Dakwah Pasal Islam…




Huh…tak reti nak kata apa…

Status twitter jelas berbunyi teguran…

Namun yang menegurnya itu…alamak…no komen bro
read more

Senarai Lima Pasangan Selebriti Paling Kaya



Secara individu, seseorang selebriti antarabangsa itu memang dah cukup kaya dengan harta daripada hasil nyanyian dan perniagaan mereka.

Ia semakin berlipat kali ganda kayanya apabila bertemu pula dengan pasangan yang turut kaya sama.

Menurut majalah Forbes, berikut adalah lima pasangan selebriti yang paling kaya untuk tahun Mei 2011 hingga 2012.

1. Beyonce Knowles & Jay-Z



Pasangan muzik paling terkenal di dunia ini mempunyai pendapatan bersama sejumlah AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS$40 (RM122.3 juta) juta milik Beyonce melalui koleksi Dereon, iklan L’Oreal, DirecTV dan banyak lagi.

Manakala baki AS$38 juta (RM116.2 juta) milik Jay-Z yang dijana daripada konsert jelajah Watch The Throne dan pelaburannya.

Bagaimana mereka membelanjakannya? Menyewa rumah di Hamptons bernilai AS$400,000 (RM1.22 juta) selama sebulan atau mungkin juga membeli hadiah sesama sendiri, seperti hadiah Beyonce kepada suami tercinta pada tahun 2010 – sebuah kereta Bugatti Veyron Fbg par Hermes untuk hari jadi ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4 juta (RM7.33 juta).

2. Gisele Bundchen & Tom Brady



Bintang quarterback futbol New England Patriots, Tom Brady dan isterinya, supermodel Gisele Bundchen memiliki pendapatan bersama AS$72 juta (RM235.45 juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6 juta) milik Bundchen dan AS$27 juta (RM82.56 juta) milik Brady melalui kontrak dengan NEP selama empat tahun, juga sebagai model jenama UGG Boots dan Under Armour.

Mereka mungkin memerlukan jumlah itu untuk menguruskan rumah agam mereka di Brentwood yang menelan kos sebanyak AS$20 juta (RM61.15 juta).

3. David Beckham & Victoria Beckham



Bintang bola sepak dan fashionista ini mempunyai gabungan pendapatan berjumlah AS$54 juta (RM165.1 juta) dengan sebahagian besarnya dijana oleh David sendiri selepas menandatangani semula kontrak bersama LA Galaxy selain menjadi model Burger King, Sainsbury’s dan Samsung iaitu AS$46 juta (RM140.66 juta).

Manakala Victoria pula memiliki nilai kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta) yang dihasilkan melalui jenama fesyennya dan royalti daripada album Spice Girls.

Memiliki beberapa rumah agam seperti Beckingham di UK, rumah agam mereka di Beverly Hills dan ladang wain Victoria di Lembah Napa, pasangan ini memang pandai berbelanja besar dan mencari jalan untuk membayar semuanya!

4. Brad Pitt & Angelina Jolie



Pasangan terkenal Hollywood ini berada di tempat keempat dengan gabungan pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM137.6 juta).

Pitt mendapatkan hasil sebanyak AS$25 juta (RM76.44 juta) daripada filemnya, Moneyball dan Tree Of Life, sementara Jolie pula menjana pendapatan melalui filem dan juga menjadi jurucakap jenama seperti Louis Vuitton.

5. Will Smith & Jada Pinkett Smith



Antara pasangan yang paling lama bertahan di Hollywood, mereka memiliki pendapatan bersama 2012 sebanyak AS$40 juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30 juta (RM91.73 juta) datang daripada Will Smith yang kembali ke layar perak melalui “Men In Black 3” dan “After Earth”.

Sementara itu, Jada pula mengaut hasil daripada lakonan suaranya melalui animasi Madagascar 3: Europe’s Most Wanted dan pelaburannya dalam Carol’s Daughter, produk kecantikan yang dihasilkan oleh Lisa Price, di mana Jada juga bertanggungjawab sebagai jurucakapnya.



Sumber: Forbes
read more

Saturday, 26 January 2013

Fida Pakai Inai Tanda Mahu Berkahwin Ke?




KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang punyai iras wajah seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui dia gemar memakai inai di jari-jemarinya.

Bagi Fida, tabiat dia memakai inai bukanlah kerana tanda dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

Tetapi, dia mahukan kukunya kelihatan menarik dan berseri sama seperti pewarna kuku.

“Saya suka melihat wanita memakai pewarna kuku, bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita Muslim.

“Lalu saya pilih untuk memakai inai, selain cantik ia juga mampu menaikkan lagi seri kuku saya,” kata Fida yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Untuk mengekalkan kecantikan kukunya, Fida memberitahu dia sentiasa akan merajinkan diri untuk memakai inai setiap minggu.

Tambah Fida, sebelum ini dia hanya gemar memakai inai di jari-jari kaki sahaja.

Tetapi, kerana mahukan kuku jarinya cantik, dia sudah pun mulai memakai sejak akhir-akhir ini.

“Kalau nak warna yang cantik kena rajin letak.

“Saya akan teruskan memakai inai ini, sebab ia nampak begitu serasi dengan saya, sebelum kuku tangan saya sebelum ini hanya selesa mengenakan inai di kuku kaki sahaja,” kata Fida.

Fida sebelum ini mengakui rapat dan sedang mengenali hati budi pelakon lelaki, Zalif Sidek.

Pun begitu, gadis manis itu bertindak menjauhkan diri dari pelakon lelaki itu selepas didakwa diserang oleh seorang wanita yang tidak dikenali kerana tidak mahu dia rapat dengan Zalif.

Hingga kini, Fida masih lagi tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana lelaki selepas hubungan cintanya dengan Mamat Sepah terputus di tengah jalan.

Mynewshub

read more

Kura-Kura Dijumpai Semula Selepas 30 Tahun




Rio de Janeiro – Seekor kura-kura yang hilang sejak 30 tahun lalu akhirnya ditemui semula oleh pemiliknya. Kura-kura itu sebenarnya selama ini berada di dalam bilik stor yang dikunci, tanpa disedari oleh pemiliknya.

Kura-kura itu atau dikenali sebagai Manuel hilang pada 1982. Biarpun tuannya mencari di merata tempat, ia gagal dikesan, hinggalah ketua keluarga tersebut meninggal dunia awal bulan lalu.

Selepas kematian lelaki itu, Leonel Almeida, anak-anaknya telah membersihkan bilik stor terbabit yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang mengalami kerosakan.
Bilik itu sebelum ini sentiasa dikunci oleh keluarga terbabit.

Menurut salah seorang anak Leonel, iaitu Leandro, ketika dia membuang sampah di dalam tong sampah, dia terkejut kerana ditegur oleh seorang pemungut sampah.

“Takkan lah awak hendak membuang kura-kura ini,” kata pemungut sampah berkenaan, lantas mengejutkan Leandro yang sama sekali tidak menyangka akan menemui semula kura-kura kesayangan keluarga itu.

Tiada siapa di kalangan anggota keluar Almeida itu yang mengetahui bagaimana Manuela boleh hidup sehingga 30 tahun dalam bilik stor tersebut.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan, Jeferson Pires berkata, Manuela merupakan seekor kura-kura daripada spesis yang mampu hidup untuk tempoh lama tanpa makanan.

“Ia adalah sejenis kura-kura yang mampu bertahan dan hidup selama dua hingga tiga tahun tanpa makanan. Kalau di hutan, ia makan buah-buahan dan bangkai binatang,” katanya.

Dalam kes ini, kata Pires, Manuela hidup dengan makan anai-anai dalam bilik berkenaan.

Mynewshub

read more

Sharifah Sofia Kesal Pernah Jejak Ke Disko



KUALA LUMPUR – Di awal penghijrahannya memakai tudung, pelakon wanita, Sharifah Sofia Syed Hussein, 28, dikecam ramai pihak kerana pernah menjejakkan kaki ke disko dengan keadaan bertudung.

Keadaan itu telah membuatkan dirinya tertanya-tanya kesalahan dirinya sedangkan dia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Islam.

Namun insiden tersebut telah benar-benar membuka matanya dan meluahkan rasa kesal dengan tindakannya itu.

Menerusi laporan Kosmo! Sharifah bergurau dengan mengatakan dia tidak lagi ke disko sebaliknya hanya pergi ke bar.

Namun, itu hanyalah gurauan dari ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail, 2, seraya berkata dia tidak lagi mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara yan tidak berfaedah seperti itu.

“Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula. Bawah sikit daripada disko.

“Sebenarnya, saya sudah tiada masa untuk itu (pergi bersosial ke disko atau bar). Masa saya banyak dihabiskan untuk anak perempuan saya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia dua tahun,” kata Sharifah.

Jujur Sharifah mengakui dari hatinya, tindakannya yang pergi ke disko adalah satu perkara yang paling dia kesali.

Dia juga yakin perkara seperti itu tidak akan berlaku di masa akan datang.

“Saya akui telah melakukan satu tindakan yang salah tetapi saya juga tahu perkara itu tidak perlu berlaku lagi (pergi ke disko) di masa hadapan,” katanya.

Sekarang ini, Sharifah sudah langsung tidak terbabit dalam dunia lakonan.

Menguatkan lagi kehendak hatinya, Sharifah memberitahu hatinya seakan-akan sudah hilang minat untuk berlakon.

Ini kerana dia mahu menjaga anak perempuannya itu dengan baik selain menguruskan hal rumah tangganya.

“Sejujurnya, jiwa saya untuk berlakon sudah tidak ada.

“Bukan tiada tawaran tetapi saya lebih suka duduk di rumah membesarkan Ariana,” luah Sharifah.


Mynewshub

read more

Gaji Sebulan Seorang Pengasuh Elit Ialah RM200,000!


Mahukah anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja.

Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.

“Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.

“Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.

Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.



Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).

Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard.


SP
read more

Thursday, 24 January 2013

Kisah Wanita Albania Yang Bersumpah Jaga Dara Sampai Tua


Setiap manusia yang dilahirkan, masing-masing mempunyai fitrah dan perasaan tertentu, sejajar dengan ciptaan Tuhan.
Sebagaimana manusia itu diciptakan menjadi lelaki, maka, fitrah dan perasaannya akan menunjukkan dirinya sebagai seorang lelaki.

Begitu juga dengan hamba Allah S.W.T yang diciptakan sebagai perempuan.

Berbeza bagi sesetengah kaum wanita tertentu di kawasan utara Albania, mereka terpaksa menidakkan fitrah diri mereka yang diciptakan sebagai perempuan.

Sejak kecil lagi, mereka tidak memakai pakaian perempuan apatah lagi berpewatakan sebagai perempuan.

Ini kerana, puak mereka mengamalkan peperangan yang berlakunya pertumpahan darah dan pembunuhan di kawasan luar bandar negeri itu.

Demi menyelamatkan diri masing-masing, kaum wanita mengamalkan budaya ‘sumpah dara’ bagi mengekalkan diri mereka bujang sehingga ke akhir hayat.

Akibatnya, mereka akan berpewatakan dan berpenampilan seperti lelaki.

Mereka dipanggil dengan panggilan lelaki dan dikenali sebagai ‘burneshas’. Jumlah mereka semakin kecil dan hanya tinggal beberapa sahaja burneshas ketika ini.

Dalam masyarakat Albania. kajian menunjukkan bahawa burneshas mendapat tempat dan sanjungan yang tinggi.

Lihat saja gaya mereka di bawah.










Mynewshub
read more

Wednesday, 23 January 2013

Alvin Dan Vivian Di Lokasi ‘Penggambaran’



Masih ingatkah pasangan kontroversi Alvin dan Vivian?

Baru-baru ini Alvin Tan dan Vivian Lee telah memuat-naik beberapa klip video ‘talk show’ mengenai pandangan mereka tentang- tentang apalagi – SEGALA-GALANYA TENTANG SEKS!

Kali ini mereka siap jalankan temubual dengan orang ramai tentang ‘benda itu’.

Dalam post terbaru, Alvin dan Vivian, kedua-duanya merakamkan aksi berdua di atas katil dengan Alvin tidak berbaju dan Vivian memakai coli sambil berselimut.

Antara topik yang dimuat naik ialah Bagaimana cara nak dekati perempuan, Lebih banyak perempuan yang anda ada- lebih banyak anda lakukan seks, Temujanji hanya untuk seks dan banyak lagilah.

Berbeza dengan respond sebelum ini, nampaknya ramai pula kagum dengan usaha mereka berdua malah ada komentar yang memuji serta menganggap kedua-duanya sebagai ‘idola’.

Alvin-And-Vivian-Sumptuous-Erotica-Malaysian-Sex-Blog-Exposed-With-Nude-Photos-And-Sex-Videos-www_GutterUncensored_com-019


Untuk rekod, Alvin adalah pelajar dari Malaysia yang menuntut di National University of Singapore mencetuskan kegemparan baru-baru ini apabila memuat naik gambar dan video seks bersama teman wanitanya itu dalam sebuah blog.

Alvin yang merupakan penerima biasiswa ASEAN dan pelajar jurusan undang-undang di universiti tersebut dipercayai telah memuat naik gambar dan video tersebut dalam laman blog mereka, Sumptous Erotica sejak 20 September tahun lalu.

Lihatlah ‘aksi’ mereka menjalankan penggambaran di tempat terbuka dengan tanpa rasa bersalah.

Memanglah mereka tidak rakamkan aksi ‘dalam kelambu’ sewaktu penggambaran itu tetapi gelagat dan air muka mereka berdua secara jelas menunjukkan…mereka tak langsung ada perasaan malu pada masyarakat sekeliling walaupun dah beratus ribu orang pernah melihat aksi mereka di ranjang, dan beratus ribu orang juga pernah melihat tubuh mereka tanpa seurat benang!

Inilah ‘demokrasi dan hak asasi’ cara Alvin dan Vivian…

sextalk1-main (1)

sextalk2-main (1)


mynewshub


read more

Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Melawak



Seorang ibu dikatakan terperangkap di sebuah kerusi anaknya gara-gara bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung di rumahnya, di Oxford, semalam.

Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilapor sedang meraikan majlis malam perkahwinannya bersama rakan wanita, sementara anaknya dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Curtis, ibu kepada tiga anak itu dikatakan sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk dikerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.

Dia dan rakannya, Jade Dickerson, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri daripada kerusi itu namun gagal sehingga menyebabkan mereka berehat seketika sebelum menyambung semula usaha itu.

Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu.

Serena berasa amat malu dengan kejadian tersebut lebih-lebih lagi apabila pihak bomba tiba untuk menyelamatkannya.

“Saya berasa amat malu. Saya baru saja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini dapat menyembunyikan wajah saya.

“Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memaklumkan lagi perkara ini kepadanya. Saya tunggu sehingga dia dewasa,” katanya.





read more

Tuesday, 22 January 2013

Wanita Habiskan RM100 Ribu Untuk ‘Smurfs’!


Kerana minatnya yang mendalam dan merasakan patung The Smurfs mampu memberikan kebahagian dalam hidupnya, Karen Bell, 37, sanggup menghabiskan duit sebanyak RM100,000 sepanjang 30 tahun untuk membeli koleksi patung biru itu.

Wanita yang berasal dari Ayrshire, Scotland mempunyai minat mengumpul The Smurfs sejak berusia enam tahun lagi.

Setiap kali ada koleksi terbaru patung biru itu, dia pastinya akan membeli walaupun menggunakan wang simpanannya.

Bukan itu sahaja, Karen sanggup menyimpan wang dengan banyak asalkan dia dapat membeli patung-patung kesukaannya itu.

“Saya hanya budak kecil yang mula mengumpul Smurfs dengan rakan baik saya. Tetapi, dia berhenti dari mengumpul patung-patung biru itu selepas umur semakin meningkat.

“Tetapi tidak bagi saya. Dan sekarang, selama 30 tahun, saya masih mengumpul dan mempunyai satu bilik khas untuk ‘mereka’ dalam rumah saya,” kata Karen.

Minat dan ketaksuban Karen itu tidak dapar disangkalkan oleh sesiapa sahaja.

Suaminya, Brian, 36, juga sudah tiada daya untuk menghalang minat isteri tercintanya itu.

Sebelum mereka berkahwin pada 17 tahun lalu, Brian langsung tidak perasan dengan minat dan perasaan obsesi Karen terhadap Smurfs.

Hanya selepas mereka berpindah ke rumah sendiri barulah Brian perasaan minat terlampau yang ada dalam diri Karen.

“Sewaktu kami bercinta di universiti pada 17 tahun yang lalu, saya tidak tahu betapa dia menyayangi Smurfs. Sampailah ketika saya pulang ke rumah, satu beg dia penuh dengan patung biru.

“Pada mulanya, saya fikirkan dia hanya membazir sahaja. Tetapi, melihatkan dia gembira, saya gembira dan tidak menjadi masalah buat diri saya,” kata Brian.

Kini, Karen sudah pun mempunyai koleksi hampir 5,000 jenis barangan The Smurfs.

Antaranya seperti patung, buku, barangan tanda, kad-kad, alat tulisa dan bermacam lagi.






Sumber: Dailymail.co.uk

read more

Kursus Bodyguard Wanita Di China.


Pernah dipaparkan satu artikel tentang beberapa orang graduan di negara China yang sanggup menjalani latihan untuk menjadi pengawal peribadi, akibat daripada lonjakan ekonomi di negara itu yang naik secara mendadak.

Dan ini, cerita yang sama, cuma daripada beberapa orang graduan yang lain pula.

Alkisahnya sesi latihan ini berlangsung di Beijing, membabitkan 20 orang yang terpilih antara ramai yang menghadiri temuduga.

Mereka perlu menahan pukulan botol kaca dan kayu, demi untuk lulus dalam ujian yang dijalankan.

Kursus ini berjalan selama 4 minggu, diselia oleh Pasukan Khas Tianjiao.

















Sumber: Reuters.com
read more