Finis

Labels

Saturday, 26 January 2013

Kura-Kura Dijumpai Semula Selepas 30 Tahun




Rio de Janeiro – Seekor kura-kura yang hilang sejak 30 tahun lalu akhirnya ditemui semula oleh pemiliknya. Kura-kura itu sebenarnya selama ini berada di dalam bilik stor yang dikunci, tanpa disedari oleh pemiliknya.

Kura-kura itu atau dikenali sebagai Manuel hilang pada 1982. Biarpun tuannya mencari di merata tempat, ia gagal dikesan, hinggalah ketua keluarga tersebut meninggal dunia awal bulan lalu.

Selepas kematian lelaki itu, Leonel Almeida, anak-anaknya telah membersihkan bilik stor terbabit yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang mengalami kerosakan.
Bilik itu sebelum ini sentiasa dikunci oleh keluarga terbabit.

Menurut salah seorang anak Leonel, iaitu Leandro, ketika dia membuang sampah di dalam tong sampah, dia terkejut kerana ditegur oleh seorang pemungut sampah.

“Takkan lah awak hendak membuang kura-kura ini,” kata pemungut sampah berkenaan, lantas mengejutkan Leandro yang sama sekali tidak menyangka akan menemui semula kura-kura kesayangan keluarga itu.

Tiada siapa di kalangan anggota keluar Almeida itu yang mengetahui bagaimana Manuela boleh hidup sehingga 30 tahun dalam bilik stor tersebut.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan, Jeferson Pires berkata, Manuela merupakan seekor kura-kura daripada spesis yang mampu hidup untuk tempoh lama tanpa makanan.

“Ia adalah sejenis kura-kura yang mampu bertahan dan hidup selama dua hingga tiga tahun tanpa makanan. Kalau di hutan, ia makan buah-buahan dan bangkai binatang,” katanya.

Dalam kes ini, kata Pires, Manuela hidup dengan makan anai-anai dalam bilik berkenaan.

Mynewshub

0 comments:

Post a Comment