Finis

Labels

Saturday, 26 January 2013

Fida Pakai Inai Tanda Mahu Berkahwin Ke?




KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang punyai iras wajah seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui dia gemar memakai inai di jari-jemarinya.

Bagi Fida, tabiat dia memakai inai bukanlah kerana tanda dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

Tetapi, dia mahukan kukunya kelihatan menarik dan berseri sama seperti pewarna kuku.

“Saya suka melihat wanita memakai pewarna kuku, bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita Muslim.

“Lalu saya pilih untuk memakai inai, selain cantik ia juga mampu menaikkan lagi seri kuku saya,” kata Fida yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Untuk mengekalkan kecantikan kukunya, Fida memberitahu dia sentiasa akan merajinkan diri untuk memakai inai setiap minggu.

Tambah Fida, sebelum ini dia hanya gemar memakai inai di jari-jari kaki sahaja.

Tetapi, kerana mahukan kuku jarinya cantik, dia sudah pun mulai memakai sejak akhir-akhir ini.

“Kalau nak warna yang cantik kena rajin letak.

“Saya akan teruskan memakai inai ini, sebab ia nampak begitu serasi dengan saya, sebelum kuku tangan saya sebelum ini hanya selesa mengenakan inai di kuku kaki sahaja,” kata Fida.

Fida sebelum ini mengakui rapat dan sedang mengenali hati budi pelakon lelaki, Zalif Sidek.

Pun begitu, gadis manis itu bertindak menjauhkan diri dari pelakon lelaki itu selepas didakwa diserang oleh seorang wanita yang tidak dikenali kerana tidak mahu dia rapat dengan Zalif.

Hingga kini, Fida masih lagi tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana lelaki selepas hubungan cintanya dengan Mamat Sepah terputus di tengah jalan.

Mynewshub

0 comments:

Post a Comment