Finis

Labels

Saturday, 26 January 2013

Sharifah Sofia Kesal Pernah Jejak Ke Disko



KUALA LUMPUR – Di awal penghijrahannya memakai tudung, pelakon wanita, Sharifah Sofia Syed Hussein, 28, dikecam ramai pihak kerana pernah menjejakkan kaki ke disko dengan keadaan bertudung.

Keadaan itu telah membuatkan dirinya tertanya-tanya kesalahan dirinya sedangkan dia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Islam.

Namun insiden tersebut telah benar-benar membuka matanya dan meluahkan rasa kesal dengan tindakannya itu.

Menerusi laporan Kosmo! Sharifah bergurau dengan mengatakan dia tidak lagi ke disko sebaliknya hanya pergi ke bar.

Namun, itu hanyalah gurauan dari ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail, 2, seraya berkata dia tidak lagi mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara yan tidak berfaedah seperti itu.

“Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula. Bawah sikit daripada disko.

“Sebenarnya, saya sudah tiada masa untuk itu (pergi bersosial ke disko atau bar). Masa saya banyak dihabiskan untuk anak perempuan saya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia dua tahun,” kata Sharifah.

Jujur Sharifah mengakui dari hatinya, tindakannya yang pergi ke disko adalah satu perkara yang paling dia kesali.

Dia juga yakin perkara seperti itu tidak akan berlaku di masa akan datang.

“Saya akui telah melakukan satu tindakan yang salah tetapi saya juga tahu perkara itu tidak perlu berlaku lagi (pergi ke disko) di masa hadapan,” katanya.

Sekarang ini, Sharifah sudah langsung tidak terbabit dalam dunia lakonan.

Menguatkan lagi kehendak hatinya, Sharifah memberitahu hatinya seakan-akan sudah hilang minat untuk berlakon.

Ini kerana dia mahu menjaga anak perempuannya itu dengan baik selain menguruskan hal rumah tangganya.

“Sejujurnya, jiwa saya untuk berlakon sudah tidak ada.

“Bukan tiada tawaran tetapi saya lebih suka duduk di rumah membesarkan Ariana,” luah Sharifah.


Mynewshub

0 comments:

Post a Comment