Kod rahsia pada lukisan Monalisa? Benarkah terdapat kod rahsia pada lukisan hasil nukilan pelukis terkenal Leonardo Da Vinci? Untuk pengetahuan semua, lukisan Monalisa menjadi terkenal disebabkan senyuman Monalisa yang amat unik dan beberapa ciri menarik lain dalam lukisan itu. Mari kita ikuti kisah selanjutnya mengenai kod rahsia yang terdapat pada lukisan ini.
Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.
Huruf dan nombor kecil yang tersembunyi di dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran moden mikroskop. Mata Monalisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya masih belum dapat dipastikan kerana kurang jelas.
Simbol tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti yang dikatakan oleh Silvano Vinceti, Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali dalam bidang Warisan Budaya. Simbol tersebut boleh dilihat dengan amat jelas apabila menggunakan kanta.
"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. [sumber]
Monday, 2 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment