Finis

Labels

Saturday, 12 January 2013

'Drama 'Tebusan di Thailand

Sebuah drama tebusan berlaku di wilayah Nonthaburi, pinggiran bandar Bangkok, Thailand. Seorang pesakit penyakit ginjal bernama Peak telah mencederakan seorang remaja dengan menggunakan sebilah pisau. Aksi tersebut dilakukan lantaran Peak kecewa kerana terlilit hutang. Setelah polis berjaya melakukan rundingan, Peak dibawa ke pejabat polis untuk siasatan selanjutnya. (Gambar: REUTERS / Chaiwat Subprasom)




read more

Manusia Bersayap Dijumpai, Menggemparkan Dunia Maya

Beberapa waktu yang lalu dunia maya Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya sosok misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahwa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Begitu cepatnya cerita tersebut beredar, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidiki kebenaran foto yang ramai dibicarakan oleh para pengguna Internet. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahwa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanya "SAYAP AYAM"








pandai betul diorang edit..kepak ayam KFC manalah diorang 'belasah' nih....


read more

Friday, 11 January 2013

Buat Repot Polis Berhubung Kes Tipu


PETALING JAYA – Pelakon Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

Lisa,27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani oleh ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.

“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat petang Jumaat ketika berada di Ipoh, Perak kerana menjadi juri pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012.

Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Maskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir. – mStar Online
read more

Penari Bogel Maut Ketika Sedang Menari



Cleveland – Seorang penari bogel meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni setinggi 15 kaki ketika cuba melakukan gerak tari di kelab malam Christie Cabaret.

Lauren Block, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala sejak dimasukkan ke hospital pada 2 Januari lalu, akhirnya meninggal dunia di hospital Metro Wealth.

Ketika kejadian, dia sedang menghiburkan pengunjung di tingkat dua Christie Cabaret pada pukul 12.40 pagi.

Namun ketika cuba melakukan lompatan, dia tersalah sasar lalu terjatuh ke lantai.

Susulan kematiannya itu, polis tidak lagi menyiasat insiden tersebut dan ia disifatkan sebagai kemalangan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Christie Cabaret enggan mengulas mengenai insiden berkenaan.

Sementara itu, keluarga Block dalam satu kenyataan memberitahu wanita tersebut adalah penderma organ, justeru organnya akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

“Kami juga meminta supaya pihak media menghormati privasi kami dan tidak mengganggu keluarga kami ketika kami sedang bersedih,” katanya.

-mynewshub

read more

Remaja Peremmpuan Diharam Guna Telefon Bimbit


Jaipur – Beberapa kawasan di India telah melaksanakan beberapa peraturan yang ditetapkan kepada remaja perempuan, semuanya atas nama keselamatan susulan kes rogol dan bunuh seorang pelajar perubatan di New Delhi, bulan lepas.

Antaranya komuniti Islam di Rajasthan, yang mengharamkan remaja perempuannya daripada menggunakan telefon bimbit.

Mereka juga dilarang menari serta menyanyi dalam majlis perkahwinan.
Selain itu, golongan belia lelaki dan perempuan juga ditegah daripada mengahwini seseorang yang tidak mereka suka atau daripada komuniti yang berbeza.
“Kami membuat keputusan itu termasuk mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja perempuan kerana ia hanya merosakkan mereka,” kata setiausaha jawatankuasa penduduk Islam, Habibur Rahman.

Jelasnya, hukuman tegas akan diambil ke atas gadis yang ingkar dengan arahan berkenaan kerana langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan mereka sendiri.
Beliau turut memaklumkan denda akan dikenakan kepada pasangan yang kahwin lari .
Keputusan itu, katanya diambil selepas perbincangan diadakan dengan semua pihak di kampung tersebut
- mynewshub


read more

Eiza Syazira Sudah Bergelar Ibu


01-Eira-Syazira-Selamat-Bersalin-ROTIKAYA


Pagi tadi sekitar jam 8.50 pagi, menerusi Twitter Eira Syazira, suaminya, Azad Jasmin telah mengumumkan yang isterinya itu telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Tahniah buat pasangan ini!

Syukurlah kerana Eira dan bayinya sihat.

Bercakap kepada media tidak berapa lama dahulu, Eira Syazira ada memberitahu yang beliau sendiri tidak tahu sama ada akan bercuti lama atau tidak selepas bersalin kerana sudah ada tawaran untuk berlakon.

Apa-apa pun dinasihatkan biarlah Eira dalam keadaan betul-betul sihat baru dia kembali melakukan tugasan.

Kita tunggu saja gambar bayi mereka kelak..

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

read more

Zed Zaidi Terima Pangkat Dari Rela



KUALA LUMPUR – Satu majlis khas akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1, pada Ahad ini.

Dikhabarkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam bentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) nanti.

Tetapi apakah pangkat yang akan diberikan kepada Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, masih belum dikatahui.

Menerusi Mstar, Zed memberitahu dia sudah mengetahui tentang majlis penerimaan pangkat tersebut namun tidak mengetahui apakah pangkat yang bakal diberikan kepadanya kelak.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya,” katanya.

Tambah Zed, pemberian pangkat itu adalah kerana sumbangan beliau terhadap aktiviti sukarela yang dilakukan melibatkan artis menerusi Persatuan Seniman yang diterajuinya selama ini.

Katanya, ia adalah satu penganugerahan yang amat besar kerana ia sebuah penghargaan kerajaan terhadapnya melebihi anugerah seni yang diterima oleh artis-artis tempatan.

“Saya bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang saya lakukan selama ini menerusi medium seni,” jelasnya.

Difahamkan ia adalah majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan yang akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


read more