Finis

Labels

Saturday, 31 March 2012

Haiwan Pelik Ditemui Di Negara China

Haiwan pelik ditemui di China? Bagaimanakah rupa haiwan tersebut? Gambarnya ada disediakan di bawah ini. Tanpa membuang masa, jom kita ikuti laporan mengenai penemuan haiwan aneh tersebut!


Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya. Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China. Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu. Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya. [sumber]
read more

Fakta Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin


Tiada yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini. Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.

Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:
  • Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.
  • Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
  • Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian.
  • Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
  • Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
  • Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut. Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi.
  • Tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
  • Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan. Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu.
  • Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
  • Rakyat Palestin tidak seperti orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
  • Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu.
  • Boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
  • Pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.
  • Kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
  • Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
  • Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7% dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
  • Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut.
Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Sampai bila kita hendak berdiam diri dan membiarkan rakyat Palestin berseorangan menentang rejim zionis Israel? Apa yang boleh kita lakukan bagi membantu rakyat Palestin mendapatkan kembali hak mereka? Ramai rakyat Palestin yang telah terkorban dalam kronologi menentang Israel.

Admin masih ingat lagi kata-kata ustazah admin, "jihad paling besar sekarang ini adalah jihad melawan nafsu". Walaupun kita tidak dapat berjihad bersama dengan rakyat Palestin menentang Israel, kita haruslah berjihad menentang nafsu godaan syaitan laknatullah. Suatu hari nanti, akan muncullah seorang pemimpin yakni Imam Mahdi yang akan memimpin dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Bila Imam Mahdi akan muncul? Wallahualam.
read more

Inilah Sebab Rasullah SAW Menyukai Kucing


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca dan tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, bukan najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif kuman (tiada kuman), meskipun dilakukan berulang-ulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif kuman.

4. Hanya sekali sahaja kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan dan kuman itu termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dari 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen para doktor yang pakar dalam bidang kuman



Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Inilah sebabnya jika terkena air liur anjing harus dibasuh dengan tanah)

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan ia lebih bersih daripada manusia.

Peristiwa yang berlaku kepada Rasullah dan sahabatnya



Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu bukan najis. Ia binatang yang suka berkeliaran di rumah,” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa mengenai bubur tersebut.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit demi sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW yang buta baca dan tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu. [sumber]
read more

Kandungan Ubat Nyamuk yang Sebenar


Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung di dalamnya? Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?

Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.

C. cinerariifolium 

C. coccineum 

Ubat nyamuk yang kita lihat hari ini dicipta oleh usahawan Jepun pada 1890-an, Eiichiro Euyama yang mengandungi tepung kanji, serbuk kulit buah oren dan serbuk phyrethrum. Pada ketika itu, penduduk Jepun hanya menghalau nyamuk dengan serbuk phyrethrum dicampur dengan serbuk kayu dan dibakar.

Eiichiro mendapat idea untuk mencipta ubat nyamuk dalam bentuk blok, tetapi kaedah ini hanya dapat menghalau nyamuk selama 40 minit. Isteri beliau memberi idea untuk membuat ubat nyamuk dalam bentuk lingkaran serta lebih tebal yang menyebabkan ubat nyamuk mampu bertahan selama 8 jam.

Eiichiro 

Selepas Perang Dunia Ke-2, syarikat Eiichiro iaitu Dainihon Jochugiku Co. Ltd bekerjasama dengan syarikat lain untuk pasaran yang lebih luas. Kini ubat nyamuk kebanyakkannya digunakan di negara Asia, Amerika Selatan serta Afrika. Antara kandungan bahan ubat nyamuk moden ialah Pryrethrum, Phyrethrins, Allethrin, Esbiothrin, BHT, PBO serta MGK 264. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Ubat nyamuk boleh menjadi penyebab kanser? Ada kajian yang menyatakan sedemikian rupa sebab di dalam ubat nyamuk terkandung octachlorodipropyl ether serta bischloromethyl ether yang menjadi agen kanser paru-paru. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau bertukar kepada cara lain untuk menghalau nyamuk.
read more

Friday, 30 March 2012

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 SSM Terkini


Baru-baru ini CEUPACS telah menggesahkan JPA supaya pekeliling kenaikan gaji akan dikeluarkan sebelum hujung bulan Mac 2012 dan akhirnya pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam pun telah dikeluarkan. Pasti ramai penjawat kakitangan awam ini tercari-cari pekeliling tersebut.

Untuk memeriksa kenaikan gaji setiap penjawat awam, klik pada pautan yang telah disediakan di bawah ini. Selain melihat kenaikan gaji di laman tersebut, anda boleh juga memeriksa kenaikan Elaun Cola ataupun bantuan sara hidup. Sila rujuk pada pautan di bawah untuk mendapatkan link download pdf bagi:
[sumber]

Bicara 1malaysianews: Alhamdulillah, segala spekulasi mengenai kenaikan gaji kakitangan awam akhirnya terjawab juga. Pekeliling sudah dikeluarkan, diharapkan tidak timbul lagi isu mengenai perkara ini.
read more

Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

Admin ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita. Memang agak kreatif perompak-perompak zaman sekarang ini. Nak tahu lebih lanjut, baca kisah di bawah ini sampai habis.


Satu petang, saya menuju ke kereta untuk meletakkan laptop saya di kerusi hadapan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu. 
Ada orang yang telah menembak kereta aku!! 
Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang merupakan pemilik sebuah bengkel kereta dan bertanya, adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.
“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”, katanya.
Apa yang menghairankan, tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya. Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang dan sekarang baru saya sedar, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apa pun semasa itu. Apa yang mereka buat hanya membuka GPS saya, dan mencari “HOME”… [sumber]

Bicara 1malaysianews: Perompak sekarang memang pandai mengambil kesempatan terhadap teknologi yang wujud. Dengan hanya menggunakan GPS yang terdapat dalam kereta, perompak dapat mengenal pasti kediaman rumah kita. Semoga kita semua dijauhkan daripada kecelakaan yang datang dari perbuatan manusia itu sendiri.
read more

Mengaku Nabi, Lelaki Ini Melukis "Peta Syurga"

Sudah lah mengaku dirinya merupakan seorang nabi, malah dia juga turut melukis "Peta Syurga" dan menyatakan bahawa dia pernah mengunjungi 11 buah syurga serta bertemu dengan Tuhan. Amaran keras, artikel di bawah ini adalah laporan daripada negara luar yang sudah terang-terangan sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam. Jadikan ia sebagai iktibar dan bukannya sebagai contoh teladan.


Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu yang berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban itu juga mengaku sebagai nabi. 

Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksudkan. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik daripada akhbar harian Sowetan. Tidak cukup dengan pendedahan itu, dia mengatakan ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga.

"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan. Kisahnya seperti ini, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatangi rumahnya dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.

"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya dalam akhbar harian Sowetan. Dia juga mengatakan Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.

"Sebenarnya apa yang terjadi pada hari itu adalah pertemuan besar di syurga, yang disebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya. "Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.


Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia. "Saya tidak tahu samada mahu percaya atau tidak," kata seorang pengunjung yang melihat peta syurga di rumah Mthembu.

"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu. Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu hari nanti, pasti akan ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga.

"Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya. Selain membuat peta syurga, Mthembu juga menulis beberapa buku yang menggambarkan perjalanannya ke syurga. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Allah adalah pencipta kita dan kita wajib mentaati segala perintahNya. Jangan kufur terhadap Allah dan Islam, kerana Islam itu adalah agama yang benar.

Selain itu, tidak ada manusia yang pernah ke syurga dan bertemu dengan Allah melainkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, syurga, neraka, pahala, dosa itu adalah perkara Samiyat dan tidak boleh dilihat oleh pancaindera manusia.
read more