Finis

Labels

Saturday, 18 August 2012

Gambar Real Paru-paru Perokok

Ramai yang dah tahu bahaya rokok kepada kita. Akan tetapi admin terasa pelik kenapa masih ramai lagi yang masih menghisap rokok walaupun pelbagai amaran telah diberikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan. Disini admin ingin berkongsi gambar paru-paru si perokok..


Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru. Jadi bagi 1malaysianews ia bukan sahaja memusnahkan si perokok, tapi ia juga memusnahkan orang lain juga.
read more

Friday, 17 August 2012

14 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan

Admin ingin berkongsi 14 Tips persediaan sebelum peperiksaan berlangsung. Kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan harap tips ini berguna.



1) Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2) Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. 

3) Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.  

4) Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadapsubjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula. 

5) Setkan (tathbit) target untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan target setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong. 

6) Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untukmencapainya. 

7) Bina komuniti (ijma’ wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yangmantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujukkepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain. 

8) Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu,melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisiAllah Taala.

9) Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior dan kepadakawan-kawan yang lain. • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan,menderhakai ibubapa atau guru. 

10) Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernahdiamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti. 

11) Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan.Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti. 

12) Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

13) Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjektersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlahmasa dan wang demi pelaburan masa hadapan. 

14) Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebutkerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan
read more

Gambar Gorila Berpelukan setelah 3 tahun tidak berjumpa




Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.
Seperti sedia maklum kata pepatah di atas mengenai perkara yang sama juga berlaku kepada pasangan adik beradik gorila yang dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, selepas tiga tahun berpisah. Paling menakjubkan, adik kepada gorila itu, Alf masih mampu mengenali abangnya, Kesho seekor gorila jenis silverback yang menjadi gorila dominan bagi kumpulan haiwan itu di taman safari berkenaan.

Apa yang admin terasa lebih mengharukan, mereka dilihat berpeluk, memicit bahu dan seolah-olah bersalaman antara satu sama lain. Menurut ketua penjaga gorila Mark Tye, mereka sama sekali tidak pasti pasangan itu akan dapat mengenali antara satu sama lain. "Namun ketika saat-saat haiwan itu berjumpa, barulah anda tahu bahawa gorila itu saling mengenali. "Agak pelik melihat seekor gorila jenis silverback berkelakuan kebudak-budakan dengan berguling di atas tanah kerana ia biasanya agresif,''

Kesho (kanan) dan Alf seolah-olah bersalaman ketika dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, London, baru-baru in
read more

Gambar Pelik Telur Ayam Besar

Kisah ini berlaku ketika Annie Egginton meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-59, dia terkejut mendapat hadiah luar biasa berbentuk telur ayam yang sangat besar. Memelihara ayam betina berusia setahun, Annie dan suaminya, Steve Egginton bagaikan tidak percaya apabila melihat telur seberat 170 gram berbanding telur biasa iaitu 57 gram.



Menetap di Chew Magna, Somerset. Pasangan suami isteri itu mendapat kejutan istimewa pada hari pembukaan Sukan Olimpik 2012. Menurut Egginton, 60, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun mula memelihara ayam itu 3 dekat yang lalu. Ketika ini, mereka memelihara 3 ayam bernama Jessica, Doris, dan Heryetta untuk membekalkan telur bagi kegunaan harian.



Walaupun mempunyai keistemewaan begitu, Eggiton tidak bercadang menyimpan telur dihasilkan Jessica itu, sebaliknya ia dijadikan hidangan. ^_^
read more

Thursday, 16 August 2012

Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra di Hari Raya TV3


Istimewa sempena Aidilfitri 2012, admin mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana menyediakan beberapa program menarik buat tatapan seisi keluarga. Barisan penghibur hebat tanah air seperti Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira tampil menggamatkan raya pertama dalam Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra.

Penonton akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu popular tiga bintang mega itu berselang-seli antaranya Sangkar Cinta, Pertemuan, Kerja Gila, Hanya Di Mata, Cinta Diam-Diam, Saat Ku Idamkan, Berpisah Jua dan Menadah Gerimis.

Menurut penerbit dan pengarah program tersebut, Nurul Huda Khalid: "Sudah menjadi tradisi TV3 menyediakan program menarik bersempena Aidilfitri. Meriah dan kecoh keletah Ziana, Erra dan Amy sudah tentu menepati cita rasa penonton." Persembahan dihangatkan lagi dengan penampilan istimewa Jaclyn Victor, Ezlynn dan Azlan The Typewriter menerusi rangkaian lagu Pawana, Jendela Hati dan Kekal. Selain menyanyi, mereka akan melakonkan semula babak menarik filem Zombie Kampung Pisang, Sembilu, Isabella dan Maria Mariana.

Tidak ketinggalan aktiviti iaitu cabaran membuat kuih raya sebelum diakhiri dengan persembahan lagu-lagu raya antaranya Seloka Hari Raya dan Suasana Hari Raya. Jangan ketinggalan saksikan Ziana, Amy dan Erra pada hari raya pertama, 19 Ogos 2012 pukul 6 petang.
read more

Budak Buat Aksi Hebat di Jalanan peoleh $10 sehari


Memang mengagumkan apabila melihat seorang budak lelaki dari Nepal, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan.

Dia datang dari India lima tahun lalu. Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas.

Bagi 1malaysianews , rezeki ada di mana-mana. Kita cuma perlulah berusaha dan yang penting rezeki yang kita cari adalah dari sumber yang halal.
read more

Gambar Bayi melecur akibat terbakar

Memang sedih admin mendengar apabila seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth terbakar. Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi.



Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.

Mangsa yang sempat diselamatkan pengasuhnya itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya. “Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.

“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.
read more