Finis

Labels

Tuesday 27 March 2012

Permohonan Biasiswa Felda Global Untuk Lepasan SPM 2011


Permohonan biasiswa Felda Global? Beberapa hari yang lepas, pihak kami ada membuat post tentang Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Bagi Pelajar Lepasan SPM. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link yang telah disertakan di atas.

Selain Yayasan Tenaga Nasional, Felda Global Group turut menyediakan biasiswa khas untuk pelajar lepasan SPM tahun 2011. Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke IPT ternama di luar negara, anda amat digalakkan untuk memohon biasiswa Felda Global ini.

Biasiswa Kumpulan Felda Global ini adalah untuk mereka yang hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang dinyatakan di bawah sahaja.
  • Kejuruteraan
  • Bioteknologi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Pemasaran Antarabangsa
  • Syarat Am
Untuk memohon biasiswa ini, anda mestilah berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2012. Selain itu, anda haruslah menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Jawatankuasa Pemilihan Kumpulan Felda Global berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad. Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda atau menukar kriteria kelayakan bila mana perlu. Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan

Kejuruteraan dan Bioteknologi
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana mata pelajaran berkaitan dengan Kejuruteraan dan Bioteknologi.

Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa.
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Perakaunan, Sains dan Sejarah/Geografi.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web Sistem Permohonan Biasiswa Kumpulan Felda.
  • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi masing-masing.

Peringatan untuk semua yang layak, permohonan Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global 2012 ini akan ditutup pada 7 April 2012. Pihak kami akan sentiasa mendoakan agar permohonan biasiswa anda diluluskan oleh pihak atasan. Semoga berjaya :)

[sumber rujukan]

0 comments:

Post a Comment