KUALA LUMPUR – Senyap sepi tiada khabar berita selepas mendirikan rumah tangga membuatkan ramai menganggap penyanyi, pelakon dan pengacara wanita, Azline Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ezlynn Hye Hye Bye Bye sudah pun bersara dari dunia seni Malaysia.
Ini kerana, Ezlynn jarang dilihat di mana-mana acara keramaian artis apatah lagi lagunya sudah tidak berkumandang di stesen radio yang ada.
Namun, menerusi laporan Berita Harian, Ezlynn menerangkan dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian.
Cuma, kerjayanya tidak digembar-gemburkan serta tidak mempunyai ‘bahan’ baru untuk diperdengarkan kepada peminat-peminat.
“Masih ada kerja yang saya lakukan, cuma aktiviti itu tidak dihebahkan kepada khalayak. Setiap minggu, ada saja undangan nyanyian saya terima. Namun, mungkin sebab saya tiada lagu baru membuatkan peminat ingat saya sudah tidak berminat untuk menyanyi.
“Bukan tak mahu menghasilkan lagu baru, cuma kalau saya saya nak buat single, biarlah ia betul-betul berkualiti serta lain daripada apa yang pernah saya hasilkan sebelum ini,” jelas penyanyi berusia 31 tahun ini.
Adat dalam berumah tangga, soalan yang sering dikemukakan adalah kehendak untuk mempunyai cahaya mata.
Setelah setahun mendirikan rumah tangga, Ezlynn masih lagi tidak menerma berita gembira soal kehamilan.
Bagi Ezlynn, dia menyerahkan segala-galanya kepada takdir untuk menentukan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan rumah tangganya.
Malah, jujur Ezlynn memberitahu soal belum mempunyai anak tidak memberikan tekanan kepada dirinya dan suami.
“Saya serahkan pada takdir. Kalau ada, kami terima dan jika belum sampai masanya, ia bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat kami.
“Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak pun tidak bertanyakan soal itu. Mungkin mereka sudah ada cucu, jadi mereka tidak kisah sangat,” katanya.-mynewshub
0 comments:
Post a Comment