Semenjak dari kekecohan cerita itu, dikhabarkan reputasi dan imej Scha serta Awal rosak teruk walhal mereka sudah pun menafikan cerita tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, Scha meluahkan dia masih lagi berkecil hati dan merajuk dengan penganjur gedung pakaian tersebut walaupun ia sudah pun berlalu beberapa bulan yang lalu.
Ini kerana, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tersebut bagi membersihkan nama Scha dan suaminya.
“Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar.
“Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian,” kata Scha.
Akibat dari kisah tersebut, Scha sedar ada pihak-pihak yang mahu bekerjasama dengannya seperti berasa curiga dengan dirinya.
Namun, atas dasar berdiri dan menegaskan dia tidak bersalah, Scha tidak mahu melihat kisah tersebut mampu melumpuhkan perjalanan kerjaya seninya.
“Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi.
“Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri,” katanya.
Cerita tersebut kecoh selepas pembukaan gedung H&M untuk hari pertama yang pertama di Malaysia.
Scha dan Awal dikatakan telah mencuri sepasang baju bernilai RM2,000 dan bertindak meninggalkan acara perasmian tersebut tanpa membayar terlebih dahulu.
Cerita itu masih lagi tidak mempunyai kesahihannya hingga kini.-mynewshub
Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
ReplyDeletePengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...