Finis

Labels

Monday 28 January 2013

Erin Tiada Perancangan Sambung Belajar




KUALA LUMPUR – Selepas menamatkan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelakon remaja, Erin Malik memberitahu tidak mempunyai perancangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kebiasaannya, bagi pelajar-pelajar lepas SPM, mereka mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke universiti.

Berbeza dengan Erin, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang lakonan.

Ini kerana, dia sudah puas berehat sebelum menduduki peperiksaan SPM berikutan mahu memberikan fokus dalam pelajarannya.

“Selepas memperoleh keputusan SPM, saya tidak ada perancangan untuk menyambung pelajaran.

“Saya ingin kembali aktif dalam dunia lakonan memandangkan semasa di tingkatan empat dan lima saya memang jarang berlakon kerana perlu menumpukan kepada pelajaran,” kata Erin yang dipetik dari Kosmo.

Keputusan untuk tidak mempunyai sijil kelayakan pelajaran yang lebih tinggi bukan sahaja dibuat oleh Erin sendiri.

Malah, Erin memberitahu keputusannya itu turut disokong oleh kedua-dua ibu bapanya.

Keluarganya memberikan kebebasan kepada Erin untuk membuat sebarang keputusan mengenai kehidupannya memandangkan anak gadis mereka itu sudah dewasa.

“Lagipun keputusan yang saya buat ini turut disokong sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa.

“Memandangkan kini saya sudah tidak lagi bersekolah, mereka sudah memberikan kebebasan untuk saya membuat pilihan,” luah Erin.-mynewshub

0 comments:

Post a Comment