Finis

Labels

Monday, 21 January 2013

Kim Kardashian Berhijab Untuk Majalah Hia



Selebriti terkenal, Kim Kardashian telah menukar pakaian biasanya dengan berbaju hijab ketika dia terbabit dalam penggambaran untuk majalah wanita mewah Arab, Hia.

Dalam sesi itu, Kim kelihatan berbeza apabila mengenakan pakaian putih rekaan, StÈphane Rolland dan menutup separuh daripada rambutnya dengan selendang.

Kim kemudian menjelaskan dia sangat teruja bekerja dengan pereka itu.

“Bekerja dengan StÈphane Rolland adalah satu penghormatan buat saya. Saya sukakan rekaannya kerana ia menyelitkan ciri moden dalam fesyen klasik.

“Saya memakai beberapa tudung yang menawan yang menambah unsur misteri dan menggoda dalam sesi fotografi itu!,” katanya.

Namun, setelah melakukan sedikit pencarian untuk melihat muka dalam majalah itu, barulah tahu keadaan sebenarnya.

Walaupun dia berhijab, Kim ternyata bukan seorang yang pemalu kerana dia menanggalkan pakaian luarnya yang konservatif untuk menayangkan gaun yang menjolok mata sehingga mendedahkan payudaranya.

Hanya kulit muka majalah itu saja yang menampakkan dia sopan, selainanya masaih Kim yang sama!-mynewshub

0 comments:

Post a Comment