London – Seorang wanita, Mikel Ruffinelli memiliki punggung paling besar di dunia.
Dengan ukur lilit punggung lapan kaki, Mikel bukan sahaja berdepan masalah untuk melalui pintu malah memerlukan dua kerusi untuk duduk dalam pesawat.
Mikel, 39, juga tidak boleh menaiki kereta kerana punggung tidak muat untuk masuk ke dalam kereta, justeru dia terpaksa menggunakan trak.
Namun di sebalik kesukaran yang dilaluinya akibat punggung besar itu, Mikel nyata berbangga dan tidak bercadang untuk menurunkan berat badan.
Biarpun dia diejek dan menjadi tumpuan setiap kali keluar rumah, namun dia tidak kisah.
“Ada orang menyangka saya membesarkan punggung saya. Itu tidak benar kerana saya memilikinya secara semulajadi, selepas memiliki empat anak. Bagaimanapun punggung besar memang satu warisan daripada keluarga saya,” katanya.
Mikel juga tidak mahu berdiet untuk menguruskan badan.
Dia makan purata 3,000 kalori sehari iaitu lebih 500 daripada jumlah kalori yang disarankan diambil oleh individu biasa.
Mikel yang menjadi model untuk laman web Big Beautiful Women selama lima tahun berharap keyakinan yang dimilikinya selama ini akan menjadi inspirasi kepada wanita bertubuh besar.
“Apabila melihat ke cermin, saya gembira dengan bentuk badan saya. Saya ingin wanita lain faham bahawa kita tidak perlu kurus seperti model di atas pentas peragaan untuk kelihatan cantik,” katanya.
0 comments:
Post a Comment