Finis

Labels

Wednesday, 23 January 2013

Cabul Mayat Kekasih Sebab ‘Tak Tahan’



TAIWAN – Seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengunjungi rumah kekasihnya terkejut apabila mendapati wanita itu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Bagaimanapun ketika dia baru terfikir hendak mendapatkan pertolongan, tiba-tiba nafsu menguasai dirinya sebaik saja melihat tubuh kekasihnya yang berumur 76 tahun itu.

Menurut polis, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho itu kemudiannya telah menanggalkan pakaian si mati dan meramas alat sulit wanita tersebut.

Sambil mencabul, Ho juga melakukan onani terhadap mayat itu.

” Saya tak dapat mengawal perasaan saya, dia sangat cantik,” kata Ho ketika disoal-siasat.

Ho mendakwa, dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan mendiang sejak bertemu di sebuah pasar sebulan lalu.

” Isteri saya tidak mahukan melakukan hubungan kelamin dengan saya sejak tujuh bulan lalu, saya tertekan,” katanya.

Kisah tersebut terbongkar apabila seorang jiran ternampak Ho sedang berbogel sambil memeluk mayat wanita itu.

Laporan bedah siasat mendapati wanita itu memang mati disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan serangan fizikal.

Apapun, jika sabit kesalahan, Ho boleh dipenjarakan sehingga lima tahun akibat kesalahan berkenaan.-mynewshub
read more

Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Melawak



Seorang ibu dikatakan terperangkap di sebuah kerusi anaknya gara-gara bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung di rumahnya, di Oxford, semalam.

Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilapor sedang meraikan majlis malam perkahwinannya bersama rakan wanita, sementara anaknya dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Curtis, ibu kepada tiga anak itu dikatakan sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk dikerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.

Dia dan rakannya, Jade Dickerson, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri daripada kerusi itu namun gagal sehingga menyebabkan mereka berehat seketika sebelum menyambung semula usaha itu.

Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu.

Serena berasa amat malu dengan kejadian tersebut lebih-lebih lagi apabila pihak bomba tiba untuk menyelamatkannya.

“Saya berasa amat malu. Saya baru saja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini dapat menyembunyikan wajah saya.

“Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memaklumkan lagi perkara ini kepadanya. Saya tunggu sehingga dia dewasa,” katanya.





read more

Juliana Evans Ucap Tahniah-Zizan



Seperti yang kita ketahui selepas hubungan percintaan antara pelakon dan pelawak, Zizan Razak dengan Juliana Evans tidak kesampaian, mereka dikhabarkan masih berkawan baik.

Oleh itu, baru-baru ini apabila mendapat tahu yang Zizan dan rakannya di dalam program Maharaja Lawak Mega 2012, Johan berjaya menjadi juara bagi program itu, Juliana ada mengirimkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zizan dengan ucapan tahniah.

Menurut Zizan yang dipetik dari Rotikaya, walaupun ketika ini Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue sedang melanjutkan pelajaran University of Michingan, USA namun dia tidak lupa untuk menyampaikan ucapan tahniah.

“Walaupun Jue tinggal di sana (USA) namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini,” kata Zizan.

Tambahnya, hubungan dia dan Jue masih berkawan baik seperti biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing agak sibuk.

“Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan,” katanya ringkas.-mynewshub
read more

Penyanyi, Shakira Kini Bergelar Ibu



Semalam penyanyi popular, Shakira, 35 telah selamat melahirkan bayinya, Milan Piqué Mebarak di Barcelona pada jam 9.36 malam.

Sama seperti bapanya iaitu Gerard Pique, 25, yang merupakan pemain bola bagi kelab Barcelona, anak lelaki Shakira itu turut didaftarkan sebagai ahli kelab tersebut selepas dilahirkan.

Menerusi laman web rasmi Shakira, hospital mengesahkan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas bersalin.

Namun, sehingga kini gambar bayi mereka belum dipaparkan.

Sementara itu, Shakira dan Pique mula menjalin hubungan selepas pemain bola sepak tersebut muncul dalam klip video lagu rasmi Piala Dunia 2010 berjudul Waka Waka bersama penyanyi jelita itu.

Pasangan yang belum berkahwin itu mengesahkan hubungan mereka pada 29 Mac 2011 menerusi laman Twitter dan Facebook.

Kini dengan kehadiran cahaya mata, mereka mungkin akan berkahwin pada tidak lama lagi.


Sumber: Reuters
read more

Tuesday, 22 January 2013

Bieber Pintas Gaga Peminat Twitter Paling Ramai


LOS ANGELES – Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter.

“Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter,” katanya dalam laman blognya.

Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.

Minggu lalu catatan Kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.

Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS. – AFP
read more

Gangnam Style Raih Pendapatan AS$8 Juta



SAN FRANCISCO – Google hari ini mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video “Gangnam Style” nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta menerusi pendapatan iklan.

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.

Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan.

Pada Disember, “Gangnam Style” menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube, meanadakan satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.

Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak ia dimuat naik pada Julai tahun lalu. – AFP
read more

Hubungan Saya & Zain Serius-Che Ta



Beberapa hari lalu, kita digemparkan dengan kenyataan pelakon, Zain Saidin mahu melamar Rozita Che Wan pada tahun ini juga.

Namun, tiada kata-kata samada Rozita atau Che Ta bersetuju atau tidak dengan niat Zain itu.

Hari ini, menerusi Utusan Malaysia Rozita Che Wan mengakui yang dia dan Zain ketika ini sememangnya serius berkawan tetapi belum sampai ke tahap merisik atau bertunang.

“Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan.

“Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya,” katanya.

Tambahnya, isu mengenai Zain mahu mengahwininya itu merupakan pendapat Zain secara peribadi.

Harapannya, agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.

Sebelum ini, Zain memberitahu dia dan Che Ta serius berkawan dan jika ada terdengar desas-desus yang mengatakan Che Ta sedang berpasangan dengan lelaki lain ia adalah tidak benar sama sekali.

“Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” kata Zain Saidin.-mynewshub

read more