Finis

Labels

Saturday 24 March 2012

Permohonan Biasiswa Tenaga Nasional 2012 Bagi Lepasan SPM/STPM


Mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar lepasan SPM atau STPM? Anda berada di tempat yang betul. 

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) menawarkan biasiswa bagi warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lepasan SPM dan STPM. Biasiswa ini adalah untuk mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2012.

Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa Tenaga Nasional? Sebelum itu, calon hendaklah membaca dan memahami syarat kelayakan akademik, program mahupun perkara yang berkaitan pada lampiran iklan seperti yang tertulis di laman web dibawah:
Lampiran Iklan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2012

Jika anda mematuhi syarat kelayakan, anda bolehlah mula melakukan permohonon secara online di laman web Yayasan Tenaga Nasional pada pautan di bawah:
Laman Web Rasmi Yayasan Tenaga Nasional

Peringatan untuk calon, sila baca dan fahami dengan teliti setiap langkah dan panduan sebelum mengisi borang permohonan untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Bilakah tarikh tutup permohonan biasiswa Tenaga Nasional? Tarikh tutup jatuh pada 28 Mac 2012. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut:
  • Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 petang pada 2 April 2012
  • Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 petang pada 5 April 2012
  • Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pagi pada 9 April 2012
  • Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pagi pada 16 April 2012

0 comments:

Post a Comment