Finis

Labels

Saturday, 24 March 2012

Sushi Bercahaya Dalam Gelap Menjadi Kegilaan Di Amerika Syarikat

Sushi bercahaya sewaktu berada di dalam gelap? Ya, memang wujud jenis sushi seperti itu di Amerika Syarikat. Sebenarnya, apa yang membuatkan sushi ini bercahaya ialah ia mengandungi Glofish. Glofish ialah sejenis ikan yang diubahsuai secara genetik untuk menjadikannya bercahaya ketika berada dalam suasana gelap.

Tujuan asal ikan ini dicipta adalah untuk kajian alam sekitar dimana Glofish akan bersinar-sinar ketika berada dalam sungai yang tercemar, dan menjadikannya sebagai penunjuk bagi pencemaran.

 Sewaktu berada di bawah pencahayaan

Sewaktu berada di dalam gelap

Glofish menjadi terkenal dan disebabkan ia tidak membahayakan kesihatan, ikan tersebut mula dimakan oleh orang ramai. Glofish kini boleh didapati dalam lima warna iaitu hijau, merah, oren, biru dan ungu. Bukan sahaja ikan ini digunakan dalam sushi tetapi ia juga digunakan dalam makanan lain seperti pizza bercahaya. Wahhh nampak komersial dan kreatif bukan?

1 comments: