Finis

Labels

Saturday, 24 March 2012

Budak Patah Tangan Angkara Wayne Rooney

Budak patah tangan akibat rembatan kencang Wayne Rooney? Wahh memang kencang sepakan pemain tambatan dari pasukan Manchester United itu. Wayne Rooney memohon maaf kepada Jamie Thomas kerana menjadi penyebab pergelangan tangan kanak-kanak tersebut patah. Kejadian ini berlaku sewaktu pemain itu sedang memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhamptons Wanderer Ahad lalu.

Jamie Thomas (kanan) patah pergelangan tangan akibat terkena rembatan Rooney

Kanak-kanak tersebut yang berasal daripada Wem, Shorpshire buat pertama kalinya dapat menyaksikan pasukan kesayangannya iaitu Manchester United di Molineux pada Ahad lalu.

Malang tidak berbau, belum sempat lagi untuk menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecedaraan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan Wayne Rooney yang menuju ke arahnya.
"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar ke alamat rumahnya." Demikian kata Rooney dalam akaun Twitternya.
Ulasan 1malaysianews: Walaupun Thomas mengalami patah tangan dan tidak sempat untuk menonton pasukan kesayangannya beraksi, tetapi terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut. Bukan sahaja nama kanak-kanak tersebut menjadi sebutan di Twitter Wayne Rooney, malah Thomas turut mendapat jersi dan tandatangan pemain bintang England itu.

Jangan lepas ni, ada orang berpura-pura patah tangan, patah kaki semata-mata nak dapat jersi dan tandatangan pemain sudahlah.

0 comments:

Post a Comment