Finis

Labels

Thursday, 24 January 2013

Liyana Dikecam Kerana Gambar ‘Pre-Wedding’?



KUALA LUMPUR – Sedang meniti hari bahagia untuk bergelar isteri orang, pelakon dan penyanyi wanita, Liyana Jasmay, 24, dikecam ekoran dari gambar-gambar mesra ‘pre-wedding’ antara dia dan tunangnya, Fathuddin Mazlan, 28.

Gambar-gambar itu tersebar meluas di ruang internet memaparkan adegan dan aksi romantik mereka berdua.

Ramai yang meluahkan tindakan Liyana dan Fathuddin atau Din tidak sepatutnya begitu kerana mereka berdua belum lagi sah bergelar suami isteri.

Ibu kepada artis tersebut, Datin Habsah Simpon meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana berlakunya kontroversi di saat-saat anak perempuannya itu ingin berkahwin.

“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku.

“Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,” kata Habsah yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Kata Habsah, mereke sekeluarga telah membuat perjanjian dengan pihak jurufoto berkenaan untuk tidak mendedahkan gambar-gambar ‘pre-wedding’ Liyana dan Din.

Tambahnya, gambar-gambar itu hanyalah untuk koleksi simpanan peribadi mereka sekeluarga dan bukan untuk tontonan umum.

Pun begitu, Habsah enggan isu itu dipanjangkan kerana ia sudah pun berlaku dan mengakui kesilapan mereka dalam menangani masalah tersebut.

“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” katanya.

Ketika ini, Habsah mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membuat persiapan perkahwinan Liyana.

Liyana dan Din akan bernikah pada 2 Februari depan dan akan bersanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari yang sama.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment