KUALA LUMPUR – Artis wanita, Wardina Saffiyah mengingatkan seluruh umat Islam agar mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W setiap hari dan setiap masa.
Wardina berkata, dia juga risaukan masyarakat Islam ketika ini yang hanya mengingati dan menyambut Maulidur Rasul sekali setahun sahaja.
Ini secara tidak langsung membuatkan ramai umat Islam lupakan sejarah dan peribadi Nabi Muhammad.
Malah, Wardina juga mengingatkan agar masyarakat harus mendalami dan memahami pengorbanan Rasulullah mengembangkan syiar Islam.
Justeru, setiap insan perlu untuk berpengetahuan luas dan mendalami ilmu Islam secara menyeluruh dan mengkaji kisah hidupa nabi pesuruh Allah S.W.T.
“Cara untuk kita menunjukkan kasih dan cinta kepada Rasul dan ALLAH SWT melalui penghayatan sunnah setiap hari.
“Tetapi bagaimana kita nak lakukannya jika tidak kenal Rasulullah SAW dan ALLAH SWT?,” kata Wardina yang dipetik dari Sinar Harian Online.
Tegasnya lagi, sebagai umat Islam, kita perlu mengingati Nabi Muhammad S.A.W setiap masa dan bukan hanya pada hari tertentu sahaja iaitu ketika sambutan Maulidur Rasul.
Pengacara rancangan Al-Hidayah itu juga menyarankan agar membaca Al-Quran dan mengetahui sirah Nabi Muhammad S.A.W sebagai pegangan hidup.
“Sepatutnya kita harus mengingati Rasulullah setiap hari dengan membaca al-Quran dan sirah nabi sebagai panduan hidup,” katanya.
Mynewshub
0 comments:
Post a Comment