Finis

Labels

Wednesday, 30 January 2013

Pelakon Malaysia Pertama Yang Berlakon Di Hollywood

Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran Hollywood. Bahkan beliau juga merupakan pelakon Malaysia yang pertama juga berlakon di dalam filem Hollywood.

Sedutan dari filem lakonan Ibrahim Pendek di Hollywood.

Filem lakonannya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD.

Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson, Gene Rowlans, Burt Ives dan Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dalam filem tersebut.

Ibrahim telah berangkat ke Amerika pada 18 ogos 1961. Beliau telah dibayar sebanyak US35 sehari. Ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, Singapura.

Pihak Universal telah menawarkan Ibrahim untuk tinggal dan berlakon di Hollywood tetapi beliau telah menolaknya.

Ibrahim Pendek juga merupakan pelakon pertama Malaysia yang berlakon dalam filem berwarna.

SP

read more

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Justin Bieber saat ini merupakan artis yang menjadi idola remaja seluruh dunia khususnya remaja perempuan yang tergila-gila dengan ketampanannya.


Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Baby’ ini pada awalnya hanyalah kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Pernahkah anda lihat wajah Bieber sebelum menjadi terkenal? Kepada peminat fanatiknya, mustahillah juga jika belum tengok.





Layankan...-SP

read more

Monday, 28 January 2013

Artis Ezlynn Sudah Berhenti Menyanyikah?




KUALA LUMPUR – Senyap sepi tiada khabar berita selepas mendirikan rumah tangga membuatkan ramai menganggap penyanyi, pelakon dan pengacara wanita, Azline Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ezlynn Hye Hye Bye Bye sudah pun bersara dari dunia seni Malaysia.

Ini kerana, Ezlynn jarang dilihat di mana-mana acara keramaian artis apatah lagi lagunya sudah tidak berkumandang di stesen radio yang ada.

Namun, menerusi laporan Berita Harian, Ezlynn menerangkan dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian.

Cuma, kerjayanya tidak digembar-gemburkan serta tidak mempunyai ‘bahan’ baru untuk diperdengarkan kepada peminat-peminat.

“Masih ada kerja yang saya lakukan, cuma aktiviti itu tidak dihebahkan kepada khalayak. Setiap minggu, ada saja undangan nyanyian saya terima. Namun, mungkin sebab saya tiada lagu baru membuatkan peminat ingat saya sudah tidak berminat untuk menyanyi.

“Bukan tak mahu menghasilkan lagu baru, cuma kalau saya saya nak buat single, biarlah ia betul-betul berkualiti serta lain daripada apa yang pernah saya hasilkan sebelum ini,” jelas penyanyi berusia 31 tahun ini.

Adat dalam berumah tangga, soalan yang sering dikemukakan adalah kehendak untuk mempunyai cahaya mata.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, Ezlynn masih lagi tidak menerma berita gembira soal kehamilan.

Bagi Ezlynn, dia menyerahkan segala-galanya kepada takdir untuk menentukan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan rumah tangganya.

Malah, jujur Ezlynn memberitahu soal belum mempunyai anak tidak memberikan tekanan kepada dirinya dan suami.

“Saya serahkan pada takdir. Kalau ada, kami terima dan jika belum sampai masanya, ia bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat kami.

“Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak pun tidak bertanyakan soal itu. Mungkin mereka sudah ada cucu, jadi mereka tidak kisah sangat,” katanya.-mynewshub
read more

Kontroversi Buat Orang Nak Tahu – Neelofa




KUALA LUMPUR – Dihambat dengan pelbagai kontroversi yang banyak, pelakon dan pengacara wanita, Neelofa melihat kontroversi dari pelbagai sudut.

Mengakui dia juga berasa kecewa apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif, Neelofa masih lagi tabah mengharungi kehidupannya.

Malah, baru sahaja menjengah ke tahun baru, Neelofa memberitahu dia juga terus terpalit dengan kontroversi.

Pun begitu, Neelofa berharap agar orang ramai khususnya peminat-peminatnya mampu menilai sejauh mana kebenaran kontroversi yang mengheret serta namanya.

“Kalau nak ikutkan memang tidak seronok apabila nama saya terus dikaitkan dengan pelbagai macam kontroversi. Tahun 2013 yang dah masuk sebulan pun dah macam-macam yang saya dengar pasal diri saya. Tetapi kontroversi itu ada baiknya dan buruknya.

“Yang penting umum dan masyarakat harus adil dan menilai kontroversi itu. Kalau ia sekadar mengaitkan nama, ertinya ia bukan datang daripada saya. Lainlah kalau saya ditangkap berbuat perkara yang tidak elok barulah itu berpunca daripada saya,” kata Neelofa yang dipetik dari laporan portal Murai.com.

Bagi Neelofa, kontroversi yang berlaku untuk sesetengah artis itu tidak perlu disalah anggap.

Kontroversi harus dinilai dari segi positif juga.

Kata Neelofa, kontroversi adalah salah satu cara untuk peminat-peminat setia mengetahui perkembangan kehidupan artis tersebut.

“Persepsi ini perlu dilihat bukan daripada satu segi kerana orang hanya ingat artis kontroversi sahaja artis itu tidak bagus atau jahat.

“Sebenarnya artis itu sedang menjadi perhatian umum dan orang sentiasa nak tahu gerak geri mereka,” katanya.-mynewshub
read more

Adam Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Sihir




Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai artis yang satu masa dulu pernah menimbulkan fonemena fesyen ‘bandana’.

Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan, Adam AF.

Sebelum ini, penyanyi, Adam dikatakan sudah berhijrah untuk mendalami ilmu agama dan perubatan Islam sejak dari 2010 lagi.

Semuanya bermula sejak ahli keluarganya jatuh sakit akibat terkena perbuatan sihir, ditambah pula dengan minat Adam yang ingin belajar perubatan Islam dengan lebih dekat.

Sejak itu Adam berguru dengan Haji Musa, di Sabah untuk memudahkannya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu.

Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan.

Selepas mempelajari ilmu ini, Adam kini sudah bersedia untuk membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini.

“Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula.

“Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau ‘mahar’ pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.-mynewshub
read more

Erin Tiada Perancangan Sambung Belajar




KUALA LUMPUR – Selepas menamatkan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelakon remaja, Erin Malik memberitahu tidak mempunyai perancangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kebiasaannya, bagi pelajar-pelajar lepas SPM, mereka mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke universiti.

Berbeza dengan Erin, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang lakonan.

Ini kerana, dia sudah puas berehat sebelum menduduki peperiksaan SPM berikutan mahu memberikan fokus dalam pelajarannya.

“Selepas memperoleh keputusan SPM, saya tidak ada perancangan untuk menyambung pelajaran.

“Saya ingin kembali aktif dalam dunia lakonan memandangkan semasa di tingkatan empat dan lima saya memang jarang berlakon kerana perlu menumpukan kepada pelajaran,” kata Erin yang dipetik dari Kosmo.

Keputusan untuk tidak mempunyai sijil kelayakan pelajaran yang lebih tinggi bukan sahaja dibuat oleh Erin sendiri.

Malah, Erin memberitahu keputusannya itu turut disokong oleh kedua-dua ibu bapanya.

Keluarganya memberikan kebebasan kepada Erin untuk membuat sebarang keputusan mengenai kehidupannya memandangkan anak gadis mereka itu sudah dewasa.

“Lagipun keputusan yang saya buat ini turut disokong sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa.

“Memandangkan kini saya sudah tidak lagi bersekolah, mereka sudah memberikan kebebasan untuk saya membuat pilihan,” luah Erin.-mynewshub
read more

Sunday, 27 January 2013

Shila Kongsi Pentas Dengan Psy!



Siapa sangka, langkah penyanyi ND Lala menghantar anaknya, Shila Amzah ke sekolah Cina kini telah mendatangkan rezeki yang mencurah-curah kepada keluarganya.

Nyata kemahiran bertutur bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada Shila, 23, apabila dirinya kini mengukir nama di China.

Segala-galanya bermula apabila Shila menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 20 September tahun lalu. Hadiah menanti Shila ialah RM5 juta.

Sejak menjadi juara, pelbagai perancangan menanti Shila seperti rakaman album dan undangan menyanyi.

Antaranya, dipilih sebagai artis membuat persembahan pembukaan di konsert Eric Moo, penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia yang mengukir nama di China.

Shila juga bakal berkolaborasi dengan Wang Leehom untuk albumnya nanti.

Pada 29 Januari ini, Shila akan ke Shanghai menjayakan satu konsert dan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, PSY yang mencipta kejayaan besar melalui lagu Gangnam Style!

Sebagai juara Asian Wave 2012, Shila juga dicalonkan untuk Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Dunia Terbaik di World Music Awards 2012 yang dijadualkan berlangsung 22 Disember tahun lalu di New York, Amerika tetapi ditunda 8 April depan.

Semua kejayaan ini bukan muncul di depan mata Shila dalam sekelip mata kerana perjuangannya dalam seni bermula sejak usia 10 tahun.

Bapanya gigih berjuang untuk ketengahkan bakat anaknya hingga sanggup keluar belanja sendiri untuk buat album.

Kejayaan Shila seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana mampu membina jambatan hingga ke China.

Mungkin juga Shila mampu menjadi penghubung kepada masyarakat Cina di negara kita untuk menghargai bakat anak seni kelahiran Malaysia, sekali gus menjalin semangat muhibah masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Apa-apa pun semoga kejayaan Shila tidak pudar sekelip mata dengan kontroversi yang boleh membunuh kerjaya seninya.



Sumber: HM
read more